Photobucket

Mig29N Ganti Atau Upgrade

posted in at 7:26 PTG



MiG 29N

akan ditamatkan perkhidmatannya, apa pula pesawat yang bakal dibeli...adakah MiG35

Jikalau diupgrade ke versi MiG35 juga bagus, memandangkan versi ini menggunakan radar terkini Zhuk-AE , yang boleh mengesan 30 target serentak pada suatu masa, dan boleh menembak 6 target serentak dimana keupayaannya hampir sama dengan SU-27.

Enjin baru RD-33 MK yang dikawal secara digital dan 'smokeless' , selain memiliki keupayaan HOTAS seperti yang dimiliki oleh pesawat Hornet FA-18D.

Apa yang penting TUDM perlu memiliki persenjataan kategori BVR, R77 adalah antara peluru berpandu dalam klas BVR, satu-satunya pembekal pesawat pejuang yang sanggup membekalkan kita dengan sistem persenjataan sedemikian, berbanding lain-lain pembekal yang menghadkan kita dari memperolehi senjata BVR.

Ini penting terutamanya untuk 'startergi bargaining and offensive'.Musuh yang cuba menggugat kedaulatan negara perlu berfikir 2 x sebelum memasuki ruang udara kita.

Datangnya MiG29 ke dalam keluarga TUDM, amat membanggakan rakyat Malaysia, kemampuan pesawat yang sebelum ini di dengar dan diperkatakan dari luar, kini telahpun kita milikinya, WE ARE VERY PROUD.

Ianya telah terbukti dalam pelbagai 'dogfight' training diantara FA-18 DAN F-16, dimana MiG29 menang dengan nisbah yang besar, walaupun tidak menggunakan R77, walaupun ada desas- desus mengatakan radarnya kurang berkemampuan jika dibandingkan dengan lain-lain pesawat barat!.

rujukan miG35


JAS Grippen

Pesawat buatan Sweden, tak mungkin aku rasa, kerana pesawat tempur ini berenjin satu, walaupun ianya dikategorikan sebagai 'multirole fighter'. Pesawat ini telahpun ditempah oleh Thailand bagi menggantikan pesawat F5 dan dijangka tiba pada 2012.

Rafale

Pesawat multirole buatan Peranchis, mungkin boleh jadi juga, namun faktor harganya yang mahal menjadi persoalan, adakah kita mampu untuk memilikinya, tapi ia adalah antara pesawat multirole berenjin kembar buatan Eropah. Apa pendapat anda?

in reference to: Google Sidewiki (view on Google Sidewiki)

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share