Photobucket

visa ketibaan dan pas lawatan sosial dihentikan

posted in at 1:13 PG

kaldai dadah

kata si kaldai - snif..snif ..ada...bau dadahhhh...tak?


PASIR GUDANG: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menghentikan pengeluaran visa ketibaan dan pas lawatan sosial kepada pelajar asing ke negara ini bagi membendung penyalahgunaan dokumen itu serta mengawal kemasukan warga asing secara mudah.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya kini hanya mengeluarkan visa pelajar kepada pelajar asing selepas mereka menerima tawaran melanjutkan pelajaran daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Beliau berkata, KPT sudah berbincang dengan Jabatan Imigresen kira-kira dua bulan lalu supaya pemberian visa ketibaan dan pas lawatan sosial kepada pelajar asing dihentikan kecuali selepas menerima tawaran melanjutkan pelajaran.

“Keputusan ini diambil selepas mengambil kira banyak pelajar asing yang memasuki negara ini dan terbabit dalam kegiatan jenayah, khususnya dalam penyeludupan dadah.

“Mereka yang dikesan terbabit dengan kegiatan jenayah dan penyeludupan dadah kebanyakannya pelajar yang mengikuti program sementara dan pengajian bahasa di IPT bukan di bawah kelolaan KPT. Mengikut rekod polis, tidak ramai pelajar kelolaan KPT terbabit dengan jenayah atau penyeludupan dadah.

“Kami bersama Jabatan Imigresen membuat ketetapan hanya melalui kaedah ini masalah berkenaan dapat dibendung. Jika kita mendapati ada pelajar asing terbabit jenayah atau penyeludupan dadah akan dikenakan tindakan undang-undang,” katanya selepas Majlis Penutup Program Mesra Ilmu Siri Tiga di Taman Cendana, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar dalam temu bual disiarkan Berita Minggu yang menyarankan KPT mengkaji semula dasar terlalu terbuka pemberian visa pelajar dan pas lawatan sosial bagi membendung Malaysia menjadi hab dadah antarabangsa.

Antara kelemahan dicadang diambil perhatian ialah sistem saringan dan keselamatan kemasukan warga asing yang terlalu terbuka dalam pemberian visa pelajar dan pas lawatan sosial, khususnya dari Iran dan Afrika.

Mohamed Khaled berkata, IPTA dan IPTS juga perlu memaklumkan kepada kementerian jika ada pelajar asing mengabaikan pelajaran supaya siasatan lanjut dijalankan bagi memastikan mereka tidak terbabit kegiatan negatif.

Tahun lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pelajar Antarabangsa bersama KPT menyaring kemasukan pelajar antarabangsa ke Malaysia, selain mengambil tindakan ke atas institusi pendidikan dan pelajar antarabangsa yang melanggar undang-undang negara.

Rasanya dah terlalu agak lama...baru tindakan seperti ini diambil, sedangkan sesetengah daripada mereka ini telah berada di setiap pelosok bandar dan negeri, malah kita tak tahu ...apa pekerjaan mereka sebenar...hanya mundar-mandir ke sana dan kesini, hari ini kita nampak orang lain...esok lusa selang beberapa bulan orang lain pula menghuni di rumah sewaan tersebut, seolah-olah tukar shift..selepas visa tamat kot. Paling menyakitkat hati bila ...kurangnya ada perasaan sopan santun. Puchong kena rush...lari ke Ampang....terlalu banyak kesan budaya negatif yang puak ini bawa, dan pastinya mengundang resah dan gelisah pada penduduk tempatan.

Mulai awal tahun ini, KPT dan KDN turut memperkenalkan sistem indikator untuk mengawal kemasukan ‘pelajar palsu’ dari negara berisiko tinggi dan yang mempunyai rekod jenayah, selain sistem tapisan.

Menurut sistem indikator itu, pelajar dari negara dikenal pasti berisiko tinggi yang mana aspek keselamatan harus diutamakan dikategorikan dalam skala tertinggi, iaitu lima.

petikan dari berita harian
Oleh Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share