Photobucket

LEPAK RESTORAN MAMAK

posted in at 10:23 PTG

mamak restaurant sydney

RESTORAN MAMAK - di Sydney Australiapun ada restoran mamak | photo kredit - mamak.com.au

Restoran Mamak sekarang tak macam dulu lagi, restoan mamak sekarang terutamanya di bandar besar seperti KL dan Selangor dan semakin cantik interiornya...cuma konsepnya lebih terbuka dan 24jam, konsep terbuka sebeginilah yang menjadikkannya ramai di kunjungi, terutamanya sebelah malam di mana pengunjung lebih suka lepak santai sambil minum teh tarik bersama rakan dan taulan.

Penulispun selalu juga lepak di restoran terbuka sebegini, terutamany hujung minggu,,,sebelah malam ...cuma malam minggu sebeinilah penulis dapat bertemu dengan rakan-rakan lama yang dah lama tak jumpa...walaupun tinggal taklah kauh sangat...he he.  Masing masing sibuk dengan urusan kerja harian masing masing, jadi malam minggu kalau nak jumpa bertanya khabar...di restoran mamak 24jam lah tempat atau portnya.

Ditambah pula sekarang ni, kebanyakan restoran ini dah pun dipasang WIFI, bertambah lah lagi orang datang terutamanya kelompok social network, kalau jeling ka sebelah tu...jelas nampak masing-masing sibuk melayan Facebook, lantaklah yop.

Penulis tak ada notebook atau laptop...yang ada cuma desktop...jadi tengok je la gelagat dia orang melayan facebook, tangan menaip mulut tersengih...kadang kadang tergelak sorang sorang.

Restoran mamak sememangnya menjadi port kelompok sosial network, ini kira restoran mamak je, tak pula tengok kat starbuck dan kopitiam. Apapun WIFI starbuck sememangnya laju...restoran mamak memang ada WIFI tapi lembab gila.

Seronok juga bila melihat gelagat orang di restoran mamak ni...macam macam ada yop. gambo restoran mamak kat cni..akan penulis masukkan kemudian yop, on da way nak pergi minum teh tarik.

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share