Sukan SEA XXVI Keputusan Malaysia VS Indonesia
Sukan SEA XXVI - PERLAWANAN BOLA SEPAK , MALAYSIA MENANG 1- 0 MENENTANG INDONESIA - photos:Gunawan Kartapranata
Penulis sebenarnya agak kurang yakin Malaysia mampu untuk mengalahkan Indonesia, memandangkan perlawanan bakal di adakan di stadium Bung Karno yang ternyata dan pasti akan dipenuhi puluhan ribu penyokong kuat pasukan tuan rumah, walaupun penulis amat berharap kita menang dan layak ke separuh akhir.
Namun akhirnya kita berjaya menumpaskan Indonesia dengan 1-0, tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia, permainan pada malam ini perlu dipuji berbanding dengan perlawanan ketika bertemu Kemboja tempoh hari dimana pada separuh masa kedua kita agak kucar kacir dan banyak memperlahankan permainan.
Tetapi pada malam ini pasukan Malaysia beraksi cemerlang dengan menampakkan kesungguhan untuk menang, serangan demi serangan diatur dan akhirnya pada saat yang terlalu awal telah berjaya memboloskan pintu gol Indonesia, ini secara tak langsung berjaya mematahkan semangat juang pasukan Indonesia.
Pasukan Indonesia :
Andritany Ardhiyasa, Yericho Christiantoko, Septia Hadi, Abdul Rahman, Hendro Siswanto, Lukas Mandowen, Dirga Lasut, Ramdani Lestaluhu, Ferdinand Sinaga, Titus Bonai, Yongki Aribowo.
Pasukan Malaysia :
Khairul Fahmi, Asraruddin Putra Omar, Mahali Jasuli, Mohd Shas, Muslim Ahmad, Fandi Othman, Baddrol Bakhtiar, Naiz Faiz Mansor, Irfan Fazail, Wan Zakaria Ibrahim, Faris Ramlan.