Photobucket

BAJU KESAYANGAN AKU

posted in at 3:17 PTG

BAJU_KESAYANGAN

KAIN BURUK - errmm dah jadi kain buruk - photos:apaajanews/samsung mini galaxy

Semalam hujan turun agak lebat..tempias hujan memercik sedikit masuk ke bahagian ruang tamu...ermmm..."kakak, tolong ambikkan kain buruk..kejap " tak berapa lama kemudian anakku yang sulung datang membawakan kain buruk. Apabila penulis melihatkan kain buruk tersebut...dalam hati berkata ' eh...baju tshirt...ni...baju kesayangan aku dulu ni.

Tentu anda juga mempunyai baju kesayangan anda yang mennggalkan pelbagai kenagan manis...apabila anda membeleknya...walaupun dah lama tak boleh dipakai lagi dan ada yang telah menjadi kain buruk.

Tengoklah baju t-shirt kesayangan penulis ini....sekarang ni dah jadi kain buruk,,,bertahun lamanya penulis menggunakannya semsa bujang dahulu, terlalu banyak kenangan manis dapat diimbau kembali apabila merenung baju ini....terlalu banyak sehingga tak terungkap....dengan kata- kata.

tapi sayang seribu kali sayang, dah tak boleh nak dipakai lagi..bahagian round neck dah terkoyak beso...yop...andaikata kalau masih tak terkoyak. Pasti penulis akan terus memakainya sehingga hari ini, memandangkan warnanya masih dalam keadaan baik.

tapi dah dibuat kain buruk....yop.

Baju inilah antara kegemaran penulis...adakah anda juga mempunyai baju baju nostalgiia....?

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share