Photobucket

PERSAHABATAN DAN PERPADUAN

posted in at 9:09 PTG

KEIKHLASAN

Keikhlasan Terpancar - Hidup dalam negara yang berbilang kaum, keihklasan itu penting Photos:apaajanews/samsung mini galaxy

Itulah yang cuba penulis gambarkan pada hari ini...cuba lihat photo candid yang penulis ambil...cuba tenung dalam -dalam ke dalam matanya...apa yang anda dapat simpulkan. Keikhlasan itulah terpancar di wajah seorang rakan penulis...yang berbangsa india...tetapi bukan pendatang ya..dia lahir di negara tercinta kita Malaysia dan warga tanah tumpah darahku.

Seorang kawan yang baik dan saling menghormati antara satu sama lain walaupun kami berlainan bangsa aku Melayu dan dia India, tapi kami saling hormat-menghormati dan bantu membantu.

Memandangkan penulis kini tengah gian mengambil photo, dan tengah ketagih 'BOKEH' , maka ketika dia hendak menaiki van, penulis dapati shot ketika itu amat sesuai untuk shot-shot bokeh dan boleh menambah koleksi bokeh penulis, ketika penulis ingin mengambil photonya, dia berseloroh, 'buat apa ane ambil gambar...apa nampak nanti semua gelap saja..."

Kami berdua ketawa.

Setelah mengambil gambar, saya pula berseloroh, 'ya lah apapun tarak nampak, sambil menunjukkan gambar yang diambil'.

Kami ketawa lagi. Masing-masing faham, tidak sedikitpun terasa di hati,,,mahupun berkecil hati. kerana kami punya sifat toleransi, kami ikhlas, kami tahu mana satu lawak dan bukan boleh dijadikan lawak, perkara tersebut amat jelas kami jaga.Kesimpulannya kami senantiasa ikhlas diantara satu sama lain.

Namun kita hairan mengapa kegembiraan kami dan keihklasan yang kami hidup dan tanamkan demi semangat perpaduan...sering diambil kesempatan bagi tujuan politik sempit, yang boleh meranapkan perpaduan di dalam negara kita.

Mengapakah perlu generasi muda kini ditanam dengan perasaan hasad dan dengki, demi memperjuangkan kepentingan peribadi?

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share