Photobucket

BOKEH TANPA KAMERA DSLR

posted in at 9:42 PG

Red_Flower_Bokeh_Effect

Tanpa Kamera DSLR - Photo bunga ini telah dibokeh menggunakan plugin Alien Skin Bokeh - photos:apaajanews/samsung mini galaxy

Memang kempunan penulis apabila melihat photo-photo gambar digital yang telah di bokeh....menggelegak rasanya nak dapatkan kamera tersebut. tetapi apakan daya peruntukan belanjawan negara untuk proses pembelian kamera tersebut terpaksa di carry foward ke RMK 12, lambat lagi tu.

Penulis memang berminat dengan aktiviti mengambil photo, cuma buat masa ini hanya mampu setakat menggunakan kamera handphone, nasib baik jugalah samsung mini galaxy dapat membantu mengurangkan kempunan, tetapi setelah melihat photo-photo yang diambil oleh kak Yanmieonline....HATI KEMBALI BERGELORA.

Nak taknak, penulis mencari alternatif...alhamdulillah beberapa contoh gambar yang telah penulis ambil menggunakan kamera handphone samsung mini galaxy, telah penulis bokehkan dengan bantuan perisian grafik:
Walaupun banyak kerja yang terpaksa dilakukan dan hasilnya kurang memuaskan dari segi kualiti imej dan originaliti jika dibandingkan dengan output kamera DSLR, penulis agak berpuashati dengan hasil yang telah diperolehi. Sekiranya anda mempunyai perisian garfik photoshop, anda boleh memuat turun plugin Alien Skin Bokeh, trial version, buat instalasi kedalam folder 'photoshop/plugin'.

Secara ringkasnya, plugin Alien Skin Bokeh ini, membolehkan anda memilih filter-filter bokeh yang disetkan sebijik mengikut standard kamera dslr, dan anda lihat hasilnya...

Apa yang perlu sekiranya belum mempunyai kamera DSLR seminimumnya, gunakanlah kamera handphone 3.0 megapixel, setkan pada resolusi paling tinggi 2048 x 1536. Masukkan imej tadi kedalam photoshop dan guna Plugin filter dari Alien Skin Bokeh, anda akan dapat hasil bokeh.   

Amacam ok tak, janji dapat lepas geram.

Rubbe_Tree_Bokeh_Effect
Tanpa Kamera DSLR - Photo Pokok Getah ini telah dibokeh menggunakan plugin Alien Skin Bokeh menggunakan filter setting: Cannon EF 85mm f/1.2L II @f/1.2 - photos:apaajanews/samsung mini galaxy

Rubbe_Tree_Photo_Before_Effect
Gambar Asal - Photo Pokok Getah ini sebelum dibokeh dengan plugin Alien Skin Bokeh - photos:apaajanews/samsung mini galaxy

a_boy_at_funfare
Funfare - Photo ini juga telah disentuh dengan effect Alien Skin Bokeh - photos:apaajanews/samsung mini galaxy. 

cutebabygirl
Cute baby Girl - Photo ini juga telah disentuh dengan effect Alien Skin Bokeh - filter: Cannon EF 50mm f/1.8 Photos:apaajanews/samsung mini galaxy.

Tutorial mudah untuk menggunakan plugin Alien Skin Bokeh ini akan disiapkan sedikit masa lagi. 

 aktuelle kamera | lastfm kamera | amazon kamera | wilco kamera | canon museum | Czlowiek Kamera's |  kamera bild |    

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share