Photobucket

PELAGA BIJI GETAH KORA

posted in at 2:49 PTG

KEBUN_GETAH

PELAGA BJI GETAH - antara permainan kanak-kanak di zaman sebelum lahirnya dunia internet dan IT..nostalgiakan.

POKOK_GETAH | RUBBER TREE
POKOK GETAH - dari pokok inilah susu getah dan biji getah diperolehi...tapi susu getah walaupun putih seperti susu...ianya tak boleh diminum




gambar biji getah

Permainan ini bukan salah satu permainan favourite kanak kanak zaman kini, al maklumlah kanak-kanak zaman it serba canggih dengan pelbagai gajet permainan masa kini dari komputer biasa, playstation mahupun android handphone, tab, ataupun pad yang mampu melancarkan pelbagai permainan komputer yang begitu mempersona.

Namun lain pula jika dikenangkan zaman kanak kanak penulis dahulu, tidak ada sebarang komputer dan gajet, semua permainan masa zaman itu dibuat dengan tangan daripada layang-layang, lastik,senapang kayu, caplong.

Lain-lain permainan yang tak perlu di buat sendiri kebanyakannya hasil alam semula jadi seperti pelepah kelapa, antara lain permainan favourite masa dulu bagi budak lelaki adalah permainan guli, dan pelaga biji getah.

Pernah masa sekolah dulu, bila trend pelaga biji getah ini bermula, penulis pernah menjelajah ke pelbagai kawasan kebun getah demi mencari biji getah yang kuat....yang mempunyai ciri-ciri kulit yang tebal dan bahagian depan yang keras...yang di panggil biji getah kora. Sebutan ' Kora' ini adalah dialek bahasa loghat kedah iaitu 'kura-kura' , cengkerang kura-kurakan keras, jadi biji getah yang kuat ini mengambil sempena nama kura-kura, begitulah kira-kiranya Pada masa tu kebanyakan yang mempunyai biji getah tersebut selalunya menang bila berlawan...jadi champion la.

Pernah suatu ketika terdapat seorang kawan yang tak pernah kalah dalam pertandingan ini...namun setelah disiasat rupanya dia telah membuat modifikasi haram, iaitu dengan membuang semua isi didalam biji getah tersebut dan menggantikannya dengan timah...patutlah menang rupanya ada timah didalam biji tersebut...ada juga yang mengisikannya dengan lilin, begitulah kisahnya...permainan biji getah ni, tetapi hari ini penulis akan gambarkan sedikit sebanyak info bagaimana permainan ini dipertandingkan, mula mula dapatkan biji getah setelah itu letakkan biji getah ditapak tangan seperti gambar di bawah.

2 orang yang kali pertama cuba main laga bji getah...sebelum ni main ps3 je
ha macam ni cara pegangnya
temukan kedua-dua biji getah...macam ni
kepit kuat kuat sampai..pecah
temukan kedua-dua biji getah seperti ini, kepitkan dengan kedua-dua belah tangan...dan tekan kuat-kuat, kalau tangan tak cukup kuat kepitkannya di celah kangkang.......praaaapppp,,,aaa dah pecah, sekarang kita lihat, biji yang tak pecah diistiharkan sebagai pemenang. begitulah permainan ini dimainkan zaman penulis kecil kecil dahulu. Permainan ini mungkin tidak menarik perhatian kanak-kanak zaman kini, tetapi penulis sekadar menceritakan permainan ini, supaya generasi muda masa kini yang belum tahu dapat tahu...bahawa inilah antara permainan zaman kanak-kanak sebelum datangnya dunia it.

yang tak pecah di kira menang
Kepada anda yang balik kampung dan di kampung ada kebun getah...bolehlah cuba-cuba ajar mereka main permainan ini...bukannya apa sekadar menambah ilmu pengetahuan mereka tentang permainan kita dizaman sebelum IT.

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share