MANDI PARIT
mandi parit - tentu ada nostalgia yang menggamit kenangan kita sewaktu kecil dahulu, betul tak
sehari sebelum hari raya aidil adha 2011, 3.30 pagi sampai di kampung, penat juga drive sorang-sorang ni, dah tu malam pula dicampur dengan hujan
tentulah pandangan mata yang rabun dekat ni agak bermasalah, namun pemanduan diteruskan dengan penuh berhati-hati .
Ingatkan nak balik awal pagi, tetapi anak-anak dah tak sabar nak balik, jadi bertolak jugalah balik pada malam hari selepas isyak. sampai terus lepak dan lelap, tetapi anak anak masih bersembang-sembang dengan nyai mereka, maklumlah seronok balik kampung, yang nyainya pula tersenyum lebo membuka pintu apabila kami sampai, tentulah seronok anak menantu balik....bertambah meriah suasana hari raya.
Pada keesokan harinya ...ha apalagi kalau dah sepupu sepapat anak-anak akuni berkumpul, riuh rendah jadinya dah penat riuh rendah dalam rumah, tibalah masanya untuk aktiviti luar rumah, macam dah plan plan dia orang ni, apalagi sungai tak ada paritpun jadilah.
mandi manda dalam parit bersama sama sepupu mereka ...tupun kira tak cukup korom lagi, sebab 2 keluarga tak balik, kalau semua balik rasanya paritnipun dah tak muat nak mandi.....
Apabila lihatkan mereka bermandi manda dalam parit ni, terinagt masa kecil penulis dahulu, penulispun memang kaki mandi manda di sungai, kalau tak mandi di sunagi belakang rumah, pergi mandi air terjun gunung original...tapi tak bolerh lamalah mandi disitu sebab airnya sejuk mengalahkan ais, paling lama 15 min tupun dah biru bibir.
Tersenyum penulis sendirian...bila mengenangkannya, jadi penulis ambil snapshot mereka bermandi manda, yang bakal menjadi sejarah untuk mereka flashback kissah mereka besama sepupu dimasa kecil. Sekarang ni mereka tak anggap bende bende ni yang bakal menjadi arkib sejarah hidup mereka, tunggulah bila dah besar nanti dan berkeluarga, barulah mereka akan godak blog ini, untuk cari kisah kisah mereka.
Anda pula masa kecil-kecil dulu ada pernah mandi sungai, kolam ke, atau mandi ban....peristiwa sebegini tentu mencuit hati dan perasaan kita bila dah dewasa
betul tak.