Cinta Muka Buku, telinga aku tak reject lagi

Cinta Muka Buku, telinga aku tak reject lagi

posted in at 1:27 PTG

NAJWA LATIFF- LAGU MUKA BUKU

NAJWA LATIFF, popular dengan lagu cinta muka buku,  Photos credit to: NAR record studio

Dah lama rasanya tak menulis entry berkaitan muzik dan drama/sinetron mahupun artis, hari ini penulis ingin mengomen tentang lagu Cinta Muka Buku,

Penulis agak kurang menggemari lagu-lagu trend baru yang mula menempa di hati para peminat lagu generasi muda kini yang bercorak alternatif, seperti Yuna dan Ana Raffali  tetapi lagu lagu mereka selalunya tidak ada tarikan, telinga  penulis selalu reject.

imej dari clip video - lagu muka buku dari youtube

Rasanya terlalu banyak lagi tangkap muat, seolah - olah just nak cukupkan kuota album jadi lagu lagu tersebut kebanyakannya bagi penulis tak ada valuenya, bila telinga dah reject, sudah tentulah lagu tersebut tak ada valuenya, seperti lagu syok sendiri.

But bila kali pertama mendengar lagu muka buku ni, alunan muziknya, telinga penulis tidak reject lagi, maka bagi penulis lagu muka buku adalah yang paling berjaya menembusi, ruanglingkupnya dan penulis pasti lagu santai ini mempunyai nilai kormersial yang tinggi bukan setakat dalam negara malah juga untuk pasaran LUAR NEGARA.

Najwa Latif patut membuat promosi lagu muka buku ini kepada para pendengar luar negara, penulis pasti lagu ini mampu untuk meraih sambutan hangat dari para pendengar dan peminat lagu luar negara.

Harapan kepada Najwa, semoga dapat terus mencipta lagu-lagu yang dapat menembusi ruanglingkup, pendengar. Jadikan lagu muka buku ini sebagai 'key' panduan untuk terus mencipta lagu-lagu lain seterusnya.

lagu ini boleh pergi jauh, sebabnya telinga aku tak reject lagu ini. 




Tajuk Lirik Lagu: Cinta Muka Buku
Artis/penyanyi: Najwa Latif

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. benarkah rasa itu..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

apaajanews | lagu kegemaran | lagu popular | lagu hits | blog najwa latiff | lagu muka buku | yuna | lagu syok sendiri |   

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

Comments (13)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
mmg sedap lagu ni.. berbakat budak ni.. boleh pergi jauh..
My recent post Hazman Fadzil Belanja Tix Klip 3GP
1 reply · active 702 weeks ago
apa kata kalau madam pula post menyanyikan lagu ini...tentu letup entry...he he
boleh tahan lagu dan suara dia. simple.
My recent post Ibadah Korban dan Aqiqah bersama eQurban.com
1 reply · active 702 weeks ago
THANKS FOR VISITNG....akan disinggah kembali nanti... ;)
Bro Najwa sudah ada album?
rentaknya catchy..
tak leleh...
budak2 cepat je hafal lagu najwa ni..
My recent post Koleksi Teka Teki Buatan Sendiri
lagu ni catchy, so agak senang utk didengar..
My recent post Terjemahan Al- Fatihah
lagu tengah ngetop nih...aku pun layan jugak lagu ni...hehehe
My recent post Teh Terbaik Ada Disini ~ Edisi Tehr!!!
2 replies · active 701 weeks ago
ntah ntah ada pengalaman cinta buku muka kot...he he jgn marah gurau je
Hahaha...ader kot...

#Hehehe..tak do lah...fb pada aku tempat jumpa kengkawan,keluarga jerr...maleh tol nk melekat kat f/b....
My recent post Pemalas Atau Buruk Perangai Ni??
salam.
yuna dengan anna rafali ko tak minat. tapi najwa latif ko minat lak.hehe..ko ni ada apa-apa ke dengan najwa ni beb.
yuna dengan anna raffali lagu mereka dah menang Juara Lagu beb. itu satu pengiktirafan buat karya mereka. lagu najwa latif ni lah yang aku rasa macam tangkap muat. dari segi bakat, aku sokong najwa latif ni berbakat besar
My recent post Cukai Jalan Motorsikal Tamat Tempoh
1 reply · active 701 weeks ago
tapi telinga aku tak dapat nak iktiraf lagi

Post a new comment

Comments by

share

The last comments for

GOWIND CLASS MENJADI PILIHAN SGPV KEDUA MALAYSIA

jone

Okutandental is a dental clinic that provides various dental services including cosmetic dentistry, ...

February 06, 2023 12:04:55 Jump to

The last comments for

waze aplikasi navigasi android

noisecontrol

Acoustic Panels Solutions Perth...

July 17, 2021 09:05:55 Jump to

The last comments for

MRSS SHIP UNTUK TLDM PART3

Amazing Post! very interesting and useful post........October 12, 2019 01:49:12 Jump to

Great post. Happy to read this post.

June 11, 2019 13:48:06 Jump to

Glad to find this post. Happy to read this post.

December 13, 2018 06:34:54 Jump to