Photobucket

NOSTALGIA PEJABAT POS LAMA

posted in at 10:52 PG

PEJABAT POS LAMA | OLD POST OFFICE

Pejabat Pos - semua tentu tahu dan pernah memasukinya untuk membuat urusan pos ataupun singgah untuk renew lesen dan sebagainya, tapi tentu ramai golongan muda tak sempat untuk merasa membuat urusan pos sewaktu bangunannya masih rekabentuk lama iaitu bangunan kayu, namun kebanyakan bangunan pos kayu ini telah banyak dirobohkan dan diganti dengan binaan moden,


Sewaktu kecil dahulu penulis memang rajin singgah ke pejabat pos maklumlah pejabat pos berdekatan dengan sekolah...sambil lalu berjalan kaki balik dari sekolah sempat snggah di pejabat pos, ditambah pula kawan sedarjah tinggal disitu, namun amat sukar sekali kini untuk melihat bangunan pejabat pos sedemikian yang masih beroperasi kerana kebanyakkannya telah diganti dengan bangunan baru.

untuk tontonan - generasi akan datang


Namun pada minggu yang lalu secara tak langsung penulis dalam perjalanan sempat terlihat sebuah bangunan pos lama, masih utuh bangunannya, tetapi telah tidak digunakan, mungkin bakal dirobohkan untuk diganti yang baru, kesempatan itu penulis memberhentikan kereta dan sempat mengambil gambar bangunan tersebut sebagai kenangan/arkib yang tak mungkin akan dapat dilihat lagi oleh generasi mendatang.

sebelum ianya musnah...lebih baik penulis ambil photonya terlebih dahulu

nostalgia dan arkib
 Sekiranya ada pembaca yang yang tahu mana-mana pejabat pos lama seperti ini yang masih beroperasi, jangan lupa tinggalkan komen pada artikel ini.


apaajanews  | pejabat pos lama  | stem kenang-kenangan | post office | sampul surat |

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share