TANDA  EKONOMI NAIK ATAU JATUH, BAGAIMANA?

TANDA EKONOMI NAIK ATAU JATUH, BAGAIMANA?

posted in , at 9:22 PTG

Sememangnya berita naik turun ekonomi akan mendapat perhatian dikalangan masyarakat Malaysia. Secara amnya, maklumlah kalau bagi rakyat marhaen akan menyebabkan duit dalam poket samada boleh jadi nipis ataupun tebal, paling merisaukan apabila terbayang harga barang akan naik.

Namun pada orang kebiasaan, yang bukan pakar ekonomi, bagaimana anda dapat mengesan kenaikan ekonomi ataupun keadaan ekonomi semakin merosot dan boleh menyebabkan 'wabak ekonomoney' akan berlaku.

Secara mudahnya kenaikan ekonomi boleh dikesan dengan mudah dipersekitaran kawasan bandar tempat tinggal anda tak perlu nak dilihat dengan lebih jauh. Setiap hari kita akan keluar rumah dan pergi bekerja, dan di sepanjang laluan anda pergi bekerja ataupun dimana sahaja anda lalu , pasti anda akan temui premis ' USED CAR' dan disini jugalah ramai daripada kita yang datang berziarah, samada untuk menjual kereta ataupun mencari kenderaan 'terpakai'. Tak semestinya membeli kereta dari 'usedcar' diklasifikasikan sebagai tak mampu...oh tidak semestinya Maggi.

Jangan tak tahu, ramai juga yang berkemampuan datang mencari 'NISSAN ELGRAND' mahupun 'TOYOTA ALPHARD' di premis-premis kereta terpakai, bukannya apa harga ada sedikit murahla...itu je.

Tetapi terperasankah anda, sesuatu yang pelik tentang 'USEDCAR' ni, kadang-kadang premis tapak 'usedcar' ni kosong tak ada satupun kereta...malah ada juga di sesetengah tempat pula tapak tersebut asalnya tapak kosong yang tak pernah-pernah dibuat tapak PREMIS 'USEDCAR'. Bangun je pagi, tiba-tiba tempat tersebut penuh dengan pelbagai kenderaan dan telahpun jadi premis 'usedcar' dan dapat juga anda lihat premis-premis usedcar yang lain semakin banyak pertambahan koleksi kenderaan untuk dijual. Terdapat juga dibeberapa tempat premis 'usedcar' tumbuh bagaikan cendawan. ITULAH TANDANYA EKONOMI AKAN NAIK MENGUKUH.

Namun bagaimana pula nak mengetahui ekonomi akan merosot, senang aja, jika premis-premis kenderaan 'usedcar' yang dahulunya penuh sarat dengan kenderaan, tiba-tiba semakin kurang dengan drastik....dan akhirnya tapak tersebut dikosongkan. Bagi premis yang tumbuh bagaikan cendawan...dapat anda lihat ianya lenyap satu persatu. ITULAH TANDANYA EKONOMI AKAN MEROSOT.

Begitulah panduan bagaimana untuk mengetahui samada ekonomi akan baik ataupun sebaliknya. Fakta ini tidaklah boleh anda dijadikan sebagai 'kayu ukur' dalam melihat bagaimana keadaan perkembangan semasa ekonomi negara, ianya hanya berdasarkan pengalaman dari pengamatan penulis semata-mata.

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

Comments

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
There are no comments posted yet. Be the first one!

Post a new comment

Comments by

share

The last comments for

GOWIND CLASS MENJADI PILIHAN SGPV KEDUA MALAYSIA

jone

Okutandental is a dental clinic that provides various dental services including cosmetic dentistry, ...

February 06, 2023 12:04:55 Jump to

The last comments for

waze aplikasi navigasi android

noisecontrol

Acoustic Panels Solutions Perth...

July 17, 2021 09:05:55 Jump to

The last comments for

MRSS SHIP UNTUK TLDM PART3

Amazing Post! very interesting and useful post........October 12, 2019 01:49:12 Jump to

Great post. Happy to read this post.

June 11, 2019 13:48:06 Jump to

Glad to find this post. Happy to read this post.

December 13, 2018 06:34:54 Jump to