NOSTALGIA F5E TUDM
RF5E TUDM antara pesawat yang masih diperlukan perkhidmatannya sehingga kini
Al kisahnya....bukannya penulis nak ceritakan pasal kes jual enjin jet...bukan..bukan dan bukan ye. Cuma dalam masa terdekat ni penulis sedang mencari-cari idea untuk membuat artikel baru...al maklumlah penulis kurang suka membuat artikel yang dicopy paste bulat-bulat.
Sambil mencari-cari....terbacalah penulis kisah jet pejuang F5E...bila terbaca pasal jet ini....ingatan penulis kembali melangkau ke masa lampau penulis....di tahun 70an, ketika negara sibuk nak membeli jet pejuang baru bagi menggantikan F5E....ketika itu penulis masih di zaman persekolahan.
F5F - 1978
Pesawat pejuang F5E ketika itu sememangnya, boleh dilihat setiap hari terbang di ruang udara, kadang-kadang bila terdengar aja ngauman enjin jet semasa berada didalam rumah...cepat-cepat penulis berlari keluaruntuk melihatnya...sehinggakan deruan enjin jetnya dah boleh hafal...beza bunyinya antara jet TEBUAN dan F5E, dengar aja dah tahu.
BAS UTC
Jet Tebuan ( CANADAIR CL-41G) buatan Kanada, di zaman F5E dah macam kura-kura jadinya, al maklumlah 'subsonic' mana terlawan dek kudrat 'supersonic'. Waktu itu...penulis sememangnya menetap bersama keluarga di utara, jadi bila berkesempatan berjalan bersama keluarga ke Butterworth...kata mat saleh, kata melayu BAGAN, naik bas UTC, bas ekspres tu jangan tak tau...zaman tu la. Bila lalu saja depan pengkalan udara TUDM Butterworth , tercangak-cangaklah kepala penulis keluar tingkap bas, nak tengok kot-kot ada F5E yang parking. Kalau boleh nak naik aja atas bumbung bas UTC, baru puas hati den. Kalau tak salah penulis bas UTC ketika itu dari jenis LEYLAND...lepastu barulah jenis HINO berrmaharajalela.
JET TEBUAN - bersama juruterbangnya yang telah banyak berjasa
JET TEBUAN - kehadiran pesawat supersonik F-5E dalam iventori TUDM,telah menjadikan pesawat ini tidak lagi relevan, untuk dioperasikan
nostalgia - F5E antara pesawat pemintas yang terbaik dan kegunaannya
masih kekal sehingga kini.
Ketika itu havoc tentang berita pembelian pesawat pejuang baru yang bakal dibeli oleh Malaysia...dan kalau tak silap pesawat pejuang paling ampuh ketika itu ialah jet F16A keluaran General Dynamics buatan US. Berita tentang pembelian tersebut juga tersebar ke seluruh antero dunia, sehinggalah Britain juga menghantar pesawat pejuang PANAVIA TORNADO ke Kuala Lumpur membuat demonstrasi.
Namun akhirnya tak jadi pembelian F16A, tidaklah tahu kenapa secara detailnya, namun kemungkinan tak jadi adalah kerana pesawat yang nak jualkan kepada Malaysia adalah dari jenis F16/J79 dan prosedur US ketika itu tidak membenarkan penjualan versi F16A pada negara luar. J79...sememangnya masih terpahat dalam ingatan, ia adalah pesawat pejuang F16 juga, namun enjinnya adalah dari siri J79 sememangnya dibuat khusus untuk F16 pasaran ekspot, dimana F16A menggunakan enjin yang lebih mantap iaitu F100. Perbezaan kedua-dua enjin ini dapat dilihat dari kuasa tujahan 'AB' (AFTERBURNER)
F16A (FullAB ) - 23,830 lbs
F16/J79 (FullAB ) - 17,900 lbs
Di era tahun itu juga pembuat pesawat pejuang F5E, NORTHROP telah mengeluarkan pesawat pejuang baru, F5G yang kemudiannya diberi nama F20 Tigershark, pesawat ini adalah mirip dengan bentuk F5E, cuma peralatan avionik dan enjin yang lebih modern dan bagus. F20 bagi penulis juga merupakan nostalgia....berita kelahirannya agak gah al maklumlah kilang asalnya adalah NORTHROP (pengeluar asal jet F5E ) dan pesawat ini juga telah hadir dibeberapa pertunjukan udara luar negara, ketika itu negara-negara teluk berminat untuk membelinya. Paling tak dapat dilupakan pada skema F20 ketika itu yang serba 'BLACK'. F20 pada awalnya merupakan saingan kuat F16, namun produksinya lenyap begitu sahaja.
F20 - TIGERSHARK
Akhirnya di era 90an Malaysia membeli pesawat pejuang FA-18D Hornet dan MiG29N, dimana Skuadron Hidung Berdarah ataupun 'Smokey Bandits' ini mula meggantikan tugas F5E sebagai pesawat pemintas TUDM. Begitulah kisahnya....apabila kenangan lama mengusik jiwa.