Photobucket

ADA GAYA TIN KOSONG TAK?

posted in at 10:27 PTG

kalau ada isipun tak boleh minum...sebab bertoksik

Kebiasaannya orang sebegini akan kerap dan boleh ditemui kewujudannya, apabila anda mula menempuh alam pekerjaan. Sedikit al-kisah dari penulis dalam usaha untuk mengenalpasti kaum-kaum sebegini ditempat anda bekerja, kebiasaannya pegawai / bos kategori PTK ini adalah bos-bos anda juga, dimana PTK ini juga mempunyai BOS nya sendiri iaitu ketuanya dimana dia perlu mengadap memberi laporan, tentang arahan kerja yang telah diamanahkan kepadanya (maksudnya kerja yang dia sendiri kena buat lah, jangan tak faham-faham pulak).

PTK- kebiasaannya pandai menggunakan kepala otak anak-anak buahnya untuk menghasilkan kertas kerja atau projek-projek, dimana apabila ia membentangkan kepada bos atasannya, sekiranya mendapat pujian atau bos dia kata bagus, dia akan kata inilah hasil kerja keras dia selama ini, bukan anak-anak buahnya, walhal anak-anak buah dia yang buat semua penyediaan projek dari a-z, sampai berkampung dalam pejabat, namun sedikitpun dia tak mentioned. PTK punya perangai ni bolehlah disifatkan dan amat suka dengan peribahasa 'lembu punya susu, sapi dapat nama', ha... macam tu lah kiranya.

Namun yang menjadi Berita Hairannya, bos-bos ni pula boleh percaya bulat-bulat, sebijik sebijik...kelentong si PTK ini, al maklumlah kalau tak masakan boleh mendapat anugerah ptk di kalangan orang bawahannya, betul, betul,betul.

Buatlah apa pun PTK ini senantiasa akan memanipulasikan keadaan untuk membolehkan ianya terus menerus
dipercayai, akibatnya kalau di dalam sesuatu organisasi, dek kerana PTK inilah sesetengah organisasi kehilanagn ASET sebenarnya, akibat dari berhenti kerja, dek kerana tak tahan dengan PTK ini dan kebuta- mataan si bos-bos yang berada diatas kayangan.



PTK ini juga secara halus akan melantik- DJ-DJ Radio Buruknya untuk mengetahui siapakah makhluk-makhluk yang membuat gosip-gosip yang ditafsirkannya sebagai tidak berpihak kepadanya, maka siaplah nanti makhluk tersebut akan di kondemkan karier mahluk tersebut, paling senang sekali ialah dengan menyusahkan hidup makhluk tersebut semasadi pejabat, sehinggakan macam cacing kepanasan....dalam ertikata yang lebih mudah ialah , tiap-tiap hari cari salah makhluk tersebut, walaupun tak ada salah yang dibuat....salah akan dicari kalau tak ada ....akan diada-adakan....maka al-kisahnya, setelah mahluk tersebut tak lagi betah dengan kerenahnya...maka si polan pun letak jawatan atau berhenti kerja dan cari kerja ditempat lain. Maka amanlah si PTK ini.

Kesimpulannya paling mudah untuk mengenalpasti PTK adalah seperti berikut ,dikiaskan kedalam bentuk peribahasa, dia adalah sinonim dengan :

1. lembu punya susu, sapi dapat nama
2. ibarat melepas anjing tersepit
3. habis madu sepah dibuang
4. harapkan pagar, pagar makan padi
5. Tikam belakang
6. Lembut Gigi dari Lidah

Jadi bila dirumuskan kesemuanya sekali, orang sebegini, tidak boleh dijadikan kawan, tapi bos-bos yang kat atas tu, mati-mati hidup 2 ke 3 kalipun tak akan percaya, kalau ada orang kata si PTK  ni tak bagus dan tak
boleh buat kerja. Aaa..satu lagi PTK ni kebiasaannya 'KING OF BODEK', sebabnya dia amat mengetahui bahawasanya yang bos-bos memang suka dibodek dan bodekkannya itu selalunya seirama dengan suasana dan mood bos-bos yang kat atas tu, jadi kalau nak marahpun dah tak jadi nak marah.

hasil nukilan - apaajanews


|jawatan pegawai | tin kosong | kaki ampu | bodek |manipulasi |main wayang|suratkhabar lama |Bam |sukan|misbun |lim chong wei|

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share