TIPS KENA DEMAM DENGGI
demam denggi, pastikan anda jangan terlambat ke hospital
Demam Denggi dah start balik, paper pun sibuk do war-warkan tentang betapa bahayanya
demam ni. Kadang-kadang aku meluat juga cara media mengwar-warkan tentang bahaya demam denggi ni, macam sekali kena gigit dek nyamuk ni boleh terus mampos.
Demam denggi ni memang bahaya, tapi sepatutnye media kena lebih memfokuskan tindakan awal...apa yang patut dibuat sekiranya terkena demam denggi...langkah-langkah awal yang patut dilakukan sebelum ke hospital.
Selalunya demamni menjadi tahap ICU bila dah terlalu lambat PERGI mendapatkan rawatan di HOSPITALye, bukan lain-lain tempat yang tak sepatutnya pergi. Hospital adalah tempat yang paling tepat untuk anda pergi mendapatkan khidmat nasihat ataupun rawatan berkaitan dengan denggi ni.
Ermm ..SATU LAGI pastikan kawasan persekitaran rumah anda tu bukan rumah kediaman paling mendapat RANKING TINGGI ALEXA,GOOGLE dan lain-lainnya sebagai tempat terpilih untuk nyamuk-nyamuk membiak dan membuat anak. Sebab nyamuk-nyamuk moden sekarang ni dia pilih rumah berdasarkan rangking google juga...he he.
Yang kita tak rasa rumah kita tu ...jadi kawasan pembiakan anak-beranak nyamuk selalunya itulah tempatnya, tanam pokok merimbun-rimbun di dalam kawasan luar rumah dimana...daun
daunnya jenis yang sesuai untuk menakung air. Kononya teduh dan sejuk mata memandang.
SEJUK mata nyamuk memandang adalah...
Last sekali.....kerap tukar-tukar jenis penyembur nyamuk yang anda gunakan didalam rumah...
contohnya..kalau hari ini beli penyembur nyamuk cap 'A' bila dah habis...pegila beli cap 'X' PULAK. Jangan beli bende yang same je...nyamuk pun dah tak heran dah ko sembur...die
pening jap ...pas tu terbang balik....penah tengokkan kes kes cam ni....so buatlah cam mane aku suruh ni.
Pendapat aku je ni...berdasarkan pemerhatian aku..semoga boleh dijadikan panduan untuk anda semua.
ERMM satu lagi sebelum aku lupa...longkang depan rumah tu janganlah disimen sampai dah tak boleh nak buka...ada faham.
Antara tanda-tanda kene denggi, bintik-bintik merah terhasil pada kulit tubuh anda, tapi ianya dibawah permukaan kulit. Kalau ruam tu bintiknya merah juga ..tapi kita boleh rasa bintikannya timbul diatas kulit.