Photobucket

posted in at 7:32 PTG

SESUCINYA CINTAMU – Anuar Zain…OOOPSSS



Baru-baru ni waktu sedang aku tengah melayari youtube untuk melihat video clip penyanyi Anuar Zain, antara penyanyi berbakat dan ada kualiti kat Malaysia ni,…emm biasalah aku memang meminati lagu-lagu beliau…sambil ‘scroll down’ list tu ternampak wajah cute girl ni…

Aku pun click dan lihat dia menyanyikan lagu Anuar Zain ‘Sesuci Cintamu’, walaupun masih kecil cute ni menyanyi dengan penuh penghayatan, dan dia dapat menyampaikan dengan penuh perasaan dan penghayatan….memang ada bakat semulajadi cuty ni…bakal meletup suatu hari nanti kalau jadi penyanyi.

TABIK SPRING pada baby cute ni



LAGU TERBARU - Anuar Zain (Ketulusan Hati)


Industri Muzik Tanahair Komen Aku…..

Akhir-akhir ini dikalangan artis tempatan banyak yang merungut dek kebanjiran artis-artis Indonesia yang dijemput datang menyanyi disini..sehinggakan mereka merasa seperti dianaktirikan oleh industri muzik itu sendiri.
Bagi aku…kita taklah boleh menyekat kedatangan penyanyi negara jiran kita ini, MUZIK ITU UNIVERSAL, apa juga muzik yang kita dengar tak kiralah dari negara manapun kalau telinga dan hati dapat menerimanya, semuanya jadi sedap dan ok. Contohnya lagu ‘WINTER SONATA’ asalnya lagu dari Korea.
Lagu-lagu Siti Nurhaliza juga mendapat sambutan di Jepun, malah kumpulan Rock kita diera 80an…juga meletup ke serata Indonesia.
Jadi fikir-fikirkanlah….

Idea Anuar Zain menggabungkan antara lagu-lagu ciptaan dari Indonesia, aku rasa juga akan dapat menarik minat para-pendengar di Indonesia.
Walau apapun otai-otai Rock Malaysia, you all still the best, kalau buat konsert rock jelajah Malaysia sekarangnipun…aku rasa pasti meletop, sebab dah lama sangatpun korang tak buat konsert Gempak.

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share