PENCEN PESARA  AWAL TENTERA

PENCEN PESARA AWAL TENTERA

posted in , at 2:34 PTG

AV8 30mm turret

PESARA TENTERA - Jasamu tetap dikenang, jangan sesekali kita lupa


Dah lama tak mencoret, agak sibuk atau tak ada mood...mungkn, namun berita panas seperti tajuk diatas telah membuatkan hati kecil ini ingin meluahkan sedikit idea dan pendapat.

Bermacam macam cerita dan keluh kesah dibaca di alam maya, berkenaan pencen awal pesara tentera bakal diberikan...penulis tak pernah mendengar berita ini sebelumnya, cuma sejak 2,3 bulan ini isu ini menjadi panas, ada yang menyokong ada yang mengeji pesara tentera yang bersara awal, antara yang paling panas ialah perkataan ' siapa suruh berhenti awal'.

Rasanya semua pesara tentera yang memuktamadkan pendirian untuk menamatkan perkhidmatan lebih awal telah maklum mereka tidak akan mendapat pencen, itu kesimpulannya dan hakiki mereka telah maklum dengan perkara tersebut.

Namun mungkin disebabkan masalah kesihatan, keluarga atau peluang yang lebih baik datang disaat tersebut, mereka bertindak menamatkan perkhidmatan mereka.

Namun kita merancang, namun tidak semua perancangan kita berjaya, sesuatu yang perlu kita akui tentang hal tersebut, namun ramai yang berhenti awal banyak yang bekerja bukannya tak bekerja...ada yang bagus pendapatannya ada yang ala kadar, namun mereka tak pernah meminta-minta, mereka faham seperti sebelum mereka menamatkan perkhidmatan dahulu bahawa mereka tak akan dapat pencen.

Ada yang bawa teksi, ada yang berniaga dipasar malam ada yang jadi security guard dan bermacam lagi kerja ,namun mereka tetap menerimanya dengan tangan terbuka, malah ada juga yang telah berjaya menjadi usahawan yang berjaya namun rata-ratanya mengatakan bahawa gaji tentera di masa kini, amat selesa jika dibandingkan zaman mereka berkhidmat dahulu.

Apa yang nyata semasa Dato' Seri Najib menjawat Menteri Pertahanan, banyak pembahruan dilaksanakan yang membawa manfaat kepada kemudahan dan kebajikan bagi anggota tentera khususnya.

Mungkin perkara ini menjadi panas apabila ada yang mengumumkan bahawa golongan ini akan diberikan  imbuhan atau pencen...taklah dapat nak penulis pastikan, jadi sekiranya dah janji,,,pastinya ada orang yang akan menuntut...namun mereka ini tidak meminta...sekiranya tidak dijanjikan...itulah kenyataannya.

Sememangnya banyak kursus  ala-ala vokasional disediakan untuk mereka yang bakal menamatkan perkhidmatan, penulis lihat ini suatu perkara yang baik bagi memberikan mereka pengetahuan  untuk menceburi bidang perniagaan setelah tamat perjhidmatan, namun beberapa langkah proaktif perlu diupgrade bagi memastikan golongan ini terus berjaya mencapai sasaran yang diidamkan setelah tamat menjalani kursus.

Apa yang menjadi masalah apabila golongan ini gagal untuk mengharungi alam perniagaan atau lain lain bidang yang telah mereka ceburi, kemana harus mereka mendapatkan khidmat nasihat dan modal.

  • modal/ support dan pusingan
  • khidmat nasihat / mentor
  • koperasi khas untuk bekas tentera/ sumber dana /tabung simpanan kedua setelah bersara
3 perkara yang terlepas pandang, menyebabkan kelompok ini gagal dalam mengharungi hidup di alam dunia awam yang mencabar.

Penulis pernah ke JHEV, apabila melihat di papan tanda jawatan kosong, seperti kebiasaannya hanya jawatan pengawal keselamatan sahaja yang memenuhi ruang, amat menyedihkan, tak kanlah semua pesara tentera hanya layak untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan sahaja dah tak ada kerja lain ke, cuba brainstorm sedikit...masa dan fikiran.

PBTM macam biasa-biasa sahaja, setakat hanya mampu memberi bantuan derma ala kadar kepada pesara tentera,kutip derma rayuan hari pahlawan, tak lebih seperti peranan tok penghulu kampong sahaja.PBTM seharusnya perlu berfikir mencari idea bagaimana untuk menjanakan ekonomi dan kewangan pesara tentara.

Dunia semakin maju dan moden, kita perlu ingat tentera banyak yang mempunyai kepakaran yang boleh dialihkan kepada tenaga kerja yang berkaitan dengan kepakaran mereka (selain dari security guard), umpamanya  dalam sektor industri pertananan syarikat syarikat swasta di dalam negara.

Apa yang perlu diwujdkan sekarang ini adalah suatu badan yang mampu untuk menjana kewangan untuk mereka seperti mewujudkan sebuah koperasi khusus untuk bekas tentera, dimana mereka boleh mencarum disitu dan mendapat pulangan, dividen disamping menjadi mekanisme untuk mereka memohon pinjaman kewangan untuk menampung modal untuk mereka menjalankan sesuatu bisnes.

Konsep MENTOR perlu diwujudkan untuk membolehkan khidmat nasihat dan panduan untuk mereka menjalan projek bisnes sehingga berjaya

Dimana gabungan sumber dana, simpanan dan pelaburan dan mentorship ini disatukan menjadi sebuah koperasi khusus bagi bekas tentera sebagai suatu TONGGAK induk kewangan yang boleh diharapkan SEBAGAI TALIAN HAYAT UNTUK MEREKA.

Kerajaan juga perlu menggalakkan mereka ini untuk mewujudkan mungkin projek RND untuk mereka ini bergabung dalam kelompok kepakaran mereka masing-masng bagi membina sebuah syarikat industri pertahanan tempatan yang boleh menyumbang kepada produk-produk keperluan pertahanan tempatan.Masih banyak komponen komponen kecil produk pertahanan yang boleh difikirkan, dimana kekerapan penggunaannya adalah tinggi dan jika dihasilkan secara lokal dapat menjimatkan kos jika dibeli dari luar, produk seperti ini boleh dijadikan RND untuk golongan pesara tentera menceburinya. 

  • seperti contoh seorang pengusaha produk eksoz motosikal berjaya memproduksikan bom latihan untuk kegunaan pasukan udara Indonesia TNI AU - di Indonesia. Mungkin TUDM juga akan membeli bom latihan ini kerana harganya jauh lebih murah.
 Sekiranya ini dapat dijalankan maka lain-lain pesara tentera juga akan dapat menumpang kerja di syarikat-syarikat ini pada masa hadapan, setidak tidaknya kita akan dapat membantu memperbanyakkan sumber pekerjaan bagi bekas pesara tentera dan tidaklah asyik-asyik jawatan pengawal keselamatan sahaja.

Jangan kita sia-siakan kepakaran mereka, dimamah oleh usia setelah bersara.Kepakaran ini perlu di recycle untuk memberi faedah bersama. win win situation lah katakan.

Hanya yang susah mengetahui kesusahan. kata -kata dari seorang kawan pesara , yang masih terngiang-ngiang di telinga penulis. Jadi kepada yang masih berkhidmat teruskan berkhidmat dengan penuh semangat patriotik, jangan ada yang mengeji mereka yang bersara awal, kita yang masih berkhidmatpun belum tahu arah perjalanan kita diwaktu terdekat.

bekas tentera | pencen tentera | tentera bersara awal | imbuhan untuk tentera bersara awal |   

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

Comments (12)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Bersara awal itu pilihan yang bagus juga.. Cuma perlu ada rancangan yang baik untuk mengharungi kehidupan selepas bersara dari perkhidmatan.
My recent post Version 2.0 - Wordless Wednesday #44
Yup...setuju dgn bro aneep...kena ada rancangan dan plan baik slps bersara....klau yg x de rancangan tu yg susah skit tu....
setidak tidaknya berikan pesara awal imbuhan sara hidup atau pun pencen yang menasabah seperti yang disarankan oleh YB Sri Gading sebab bersara awal atau pencen sama saja, mereka semua akan dipanggil berkhidmat semula apabila keadaan memerlukan kerana merika ini adalah eset simpanan negara.
Good info dan banyak kebaikkanya..dengan adanya pemakluman begini, jasa yang di curah tiada galang gantinya...
My recent post Tahniah ATM > Piala Malaysia 2012
Jumpa lagi blog ni..apa pun bagus huhuhu
My recent post Mikro Kredit/ Tekun - Pinjaman Tanpa Faedah Bank Rakyat
Ec725 airforce mantap le.sentiasa diangkasa raye.
skot 1980's avatar

skot 1980 · 638 weeks ago

keputusan untuk bersara awal ada pro dan kontra. Kebanyakan tentera yang mengambil keputusan bersara awal mungkin telah menyedari bahawa kerjaya tentera tidak sesuai dengan jiwa mereka walaupun masa itu mereka telah berkhidmat lebih 10 tahun.saya sendiri melihat kerjaya tentera tidak dapat memberi jaminan yang kukuh pada masa hadapan walaupun berkhidmat sampai pencen.sebab syarat perkhidmatan dalam tentera berpencen ialah berkhidmat selama 21 tahun.pada masa itu rata -rata usia askar yang berpencen sekitar 40-an.Dengan pencen hampir Rm.1000.00 apa yang bolih dilakukan pada ketika ini. Olih itu saya mencadangkan pihak kerajaan menaikkan kadar pencen mengikut tangga gaji yang dinikmati sekarang terutama pada anggota tentera yang berpencen pada tahun 2003 kebawah.Kepada soldadu yang berhenti tidak berpencen mohon pihak kerajaan memberi imbuhan mengikut kadar perkhidmatan mereka semasa dalam tentera dahulu bagi mengenang jasa bakti yang mereka curahkan. saya fikir inilah satu cara bagi kerajaan mengenang jasa -jasa bekas anggota tentera yang sedang meniti usia senja.
saya ingin bertanya tentang pencen ilat. kwn saya telah bersara dari tentera pd tahun lepas krn terlibat dalam satu kemalangan. laporan perubatan mengatakan beliau layak menerima pencen ilat.. soalan saya berapa lama masa yang diambil untuk memproses kes spt ini. ini kerana dah 7 bln kwn saya ini tidak mempunyai sumber pendapatan tetap untuk menyara keluarganya dan perbelanjaan lain.
yang nak bersara awal tu...tentukanlah matlamat anda itu seiring dengan kemampuan...janganlah berhenti semata-mata ikut kawan. jika nak berhenti dan pilih menjadi MAJIKAN rasanya itu lebih bagus dari menjadi kuli....pencen pada saya tidak pernah akan menjanjikan kesenangan sebab rata-rata yang berpencen pun hidup susah. yang berhenti sekerat jalan pula ada yang langsung tiada matlamat. semua itu berbalik pada diri sendiri. racun tidak halang pun tidak....sahabat saya seorang pegawai navy dan kini bergelar jutawan teh gaharu selepas beliau memilih untuk berhenti awal....seorang lans koperal yang berpencen juga menceburi franchaise 7 eleven di sg petani dan kini beliau juga berjaya...siapa pun kita...kita kena bersyukur...jika kenal potensi diri kenapa takut tiada rezeki ?
Ahli parlimen dan wakil rahyat berhidmat 1 atau 2 pengkal dapat pencen. Kenapa tentera berkhidmat 10,15,18 tahun untuk negara tidak boleh
Ahli parlimen dan wakil rahyat berhidmat 1 atau 2 pengkal dapat pencen. Kenapa tentera berkhidmat untuk negara selama 13,16 dan 19 tahun tidak boleh di beri pencen.
wak rozie's avatar

wak rozie · 433 weeks ago

Saya berhenti 19 tahun sebab permohonan utk sambung 21 tahun tak diluluskan kerana BMI lebih tapi ada juga yang lebih dari saya lepas....tak kisahlah bukan rezeki dalam TUDM...sekarang saya ambil upah noreh getah dgn bayaran RM 1.00 sekilo disamping itu saya menjaja soya...yg penting kita usaha jgn salahkan kerajaan....kita semua tahu berkhidmat 21 baru dpt pencen....cuma satu la...PBTM or sesiapa jgn cepat cepat keluarkan perkataan " sapa suruh berhenti awal..." tgk la sebab sesorang tu berhenti.....masing2 punya alasan.......

Post a new comment

Comments by

share

The last comments for

GOWIND CLASS MENJADI PILIHAN SGPV KEDUA MALAYSIA

jone

Okutandental is a dental clinic that provides various dental services including cosmetic dentistry, ...

February 06, 2023 12:04:55 Jump to

The last comments for

waze aplikasi navigasi android

noisecontrol

Acoustic Panels Solutions Perth...

July 17, 2021 09:05:55 Jump to

The last comments for

MRSS SHIP UNTUK TLDM PART3

Amazing Post! very interesting and useful post........October 12, 2019 01:49:12 Jump to

Great post. Happy to read this post.

June 11, 2019 13:48:06 Jump to

Glad to find this post. Happy to read this post.

December 13, 2018 06:34:54 Jump to