TULISAN JAWI,BANGSA MELAYU DAN BANGSA JAWI
akhbar jawi - semasa kecil dahulu, arwah emak selalu pesan supaya dibelikan akhbar jawi
Agak lama penulis tak menulis entry baru, kerana terlalu asik melayari internet dengan bahan bacaan terbaru yang ada kaitannya dengan bangsa melayu, dek kerana pernah terbaca.....ada perlekehan tentang bahasa melayu yang diperlekehkan sebagai bahasa pinjaman yang disedut dari kepelbagaian bahasa menjadikannya lebih moden dan mudah diterima.
Seolah olah bahasa melayu yang kita gunakan hari ini, sebagai bahasa yang tidak 'original' disebabkan adunan dari bahasa inggeris yang telah dimelayukan.
Dari sinilah penulis mula mencari, jika dilihat dari bahasa bangsa lain seperti Jepun Korea dan lainnya mereka mempunyai kaedah bahasa percakapan dan penulisan yang unik, iaitu tersendiri yang hanya digunakan oleh bangsa mereka...menjadikan keaslian bahasa dan bangsa itu menampakkan originalitinya.
Di sinilah penulis mula memikirkan mengapa kita sebagai bangsa melayu tidak mempunyai bahasa penulisan asal,(unik) yang menampakkan originaliti bangsanya sendiri, kenapa tiada, bahasa penulisan yang kita gunakan hari ini adalah hasil dari huruf roman yang digunakan oleh bangsa inggeris, yang orang tua kita selalu sebut sebagai tulisan 'rumi' di mana kebiasaan mereka yang terdahulu, lebih kepada tulisan jawi, di mana arwah ibu penulis sendiri lebih arif dalam penggunaan,pembacaan dan penulisan jawi, tetapi buta huruf dalam bahasa rumi.
Namun kita, semasa kecil ada di ajar tulisan 'JAWI', namun tulisan jawi kurang diprakktikkan sebagai tulisan rasmi, menjadikannya ia kini hanya sebagai suatu tulisan yang dipelajari sahaja dan tidak sebagai tulisan yang dipraktikkan sebagai tulisan rasmi dan harian.
Kita selalu sebut bahasa inggeris, dirujuk sebagai bahasa penulisan dari bangsa inggeris, begitu juga tulisan cina adalah tulisan bagi bangsa cina dan begitu jugalah dari bahasa lain lain bangsa yang lain.
Teringatkan semasa kecil, sewaktu musim cuti sekolah, ungkapan ini selalu disebut oleh orang tua, " ha, dah mula cuti sekolah ni, aku nak hantar anak aku ni masuk jawi". di mana ungkapan 'masuk jawi' ini kerap digunakan bagi negeri disebelah utara, penulis tak pasti samada ungkapan ini juga digunakan oleh lain lain negeri. Unkapan 'masuk jawi' bermaksud 'berkhatan'. Jelas disini bahawa bahasa juga menunjukkan identiti bangsa.
Namun adakah penulisan bahasa JAWI yang diprakktikkan oleh bangsa melayu yang terdahulu menunjukkan bahawa kita sebenarnya dahulu dikenali sebagai bangsa JAWI yang kita sebutkan sebagai melayu pada hari ini, suatu bangsa yang dihilangkan identiti dan warisan tamadun sejarahnya.
Jika anda membuat google ' JAWI' di internet, anda akan dapati bahawa ada rujukan dan kaitan JAWI di mana terjemahannya bukan hanya sebagai bahasa penulisan yang kita difahamkan hari ini, tetapi ianya juga merujuk kepada sebuah bangsa, yang juga dikenali sebagai MELAYU pada hari ini.
Apakah yang menyebabkan terpadamnya susur galur tulisan jawi dengan bangsa jawi dan sinonim penggunaannya di alam Melayu?
| Jawi script | JAWI | Malay ethnic | bangsa melayu | asal melayu | kajian tulisan jawi | tamadun melayu | sejarah melayu | akhbar jawi | utusan zaman |