SIMULATOR GAME TERBAIK
SIMULATOR PERMAINAN PC - kini semakin canggih dengan penambahan aksesori simulator
Hari ini nak bersantai sedikit, penulis nak bercerita sikit pasal game-game komputer yang semakin hari semakin 'real' di depan mata,pelbagai jenis game yang terdapat sekarang, rasanya yang paling digemari mestilah game-game shooting,seperti ARMA 2 dan pelbagai lagi.
Namun game canggih ini memerlukan perkakasan komputer dari jenis terkini la kalau nak main, kalau setakat pc lame macam teman gune ni..yang processornya tak terkategori dalam versi adik beradik core, ram pun setakat boleh up setakat 1gb/sdram pulak tu, display card 256ram,...hampeh kirim salam le yop, bukan nak main...nak installpun dah kene reject...kesimpulannya pc ni buat tulis blog je la
Namun permainan seperti ini semakin meningkat kecanggihannya ditambah pelbagai aksesori gabungan untuk meningkatkan lagi rasa keterujaan...contohnya seperti dibawah. Antara simulator yang penulis pilih paling mengujakan dari segi gabungan aksesorinya.
Simulator game ini boleh dibeli dan diletakkan dirumah...fuyohhh, boleh tak tidur 1 hari kalau dah duduk atas simulator ni

GAME SIMULATOR - silap-silap bapapun boleh berebut dengan anak-anak nak main bende ni.