Photobucket

Formula Kebangkitan Bolasepak Malaysia Piala Suzuki AFF 2010

posted in at 11:37 PG

Boleh menangkah Malaysia malam ini, setelah di lihat dari perlawanan di stadium Bukit Jalil yang lepas sekiranya para pemain bolasepak TIMNAS Malaysia berupaya untuk mengekalkan mentaliti mereka seperti di stadium bukit jalil yang lepas, mereka bakal juara menjadi juara AFF Suzuki Cup 2010. noktah.
Peperangan mental oleh penyokong pasukan lawan seperti laser, sepanduk dan laungan yang tidak enak perlu dianggap sebagai halua telinga yang sedap didengar, seperti kita mendengari lagu-lagu kegemaran.

Penjaga gol Malaysia - Khairul Fahmi yang dikatakan dilaser ketika perlawanan di Stadium Bung Karno

Team pertahanan Malaysia perlu untuk tidak mengulangi kesilapan ketika bermain di stadium Bung Karno, ketika mereka tewas 5-1. Bolasepak Malaysia dilihat telah mula berada diera kebangkitan semula.

Pasukan muda ini nampak gayanya telah berjaya mengharungi peperangan mental, yang penulis lihat sebagai sesuatu yang menyebabkan kemerosotan amat teruk pada pasukan bolasepak negara, mungkin antara sebab yang terdahulu contohnya :

1. Terlalu terdorong kearah 'keglamouran' - bila glamour ini telah menyelinapi para pemain, maka latihan yang dilakukan tidak akan menampakakn peningkatan disebabkan pada mata kasar nampak berlatih, tapi disebabkan perasaan glamour yang ada pada diri pemain, mereka nampak seperti membuat latihan setiap hari , namun pada hakikatnya mereka bukan berlatih tetapi hanya bermain bolasepak.

2. Menanamkan rasa takut terhadap kekuatan lawan, sekiranya ini diperbincangkan secara negatif, maka dari segi moralnya sudah tentu, 'kalah sebelum bertanding'. Sepatutnya perbincangan tentang strategi untuk mematahkan kekuatan lawan perlu diperbincangkan sesama pemain.

3. 'Berlagak STAR' - sikap yang tidak sepatutnya ada dalam diri setiap pemain, kerana bolasepak itu kerjasama dalam satu pasukan, nak jadi top scorer la konon.

4. Semangat 'GANJARAN' melebihi dari semangat 'PATRIOTIK'.

Kesimpulannya

Malam ini pemain sudah tahu peranan tugas masing-masing, ayuh jalankan tugas yang telah diamanahkan oleh jurulatih anda, K Rajagopal.

Sebaik-baiknya jadi pasukan yang memberikan gol pertama terlebih dahulu di stadium Gelora Bung Karno, SEKIRANYA REPEAT GOL  dapat dibuat dalam waktu yang terdekat selepas gol yang pertama, sudah pastinya, TIMNAS Garuda akan HILANG ARAH DAN PUNCA.


SEMOGA SUKSES

nota kecil :  Sekiranya  4 perkara diatas boleh diatasi sudah tentu pasukan sepaktakraw negara juga akan menjadi pasukan yang gah di asia tenggara.

hasil tulisan apaajanews

#malaysiacheatlaser  |  stadium gelora bung karno | support timnas Garuda  | sharbinee dilaser  | Final Suzuki AFF 2010  | Use Laser  |  Curang   | Support Garuda    |  Khairul Fahmi Twitter | Safee Sali facebook | Kasut Emas


 Pasukan Harimau Malaysia 2010


Pasukan Garuda Indonesia 2010

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share