HARI MERDEKA KE 53 MALAYSIA
"Tanggal 31 bulan lapan lima puluh tujuh..." terngiang-ngiang ditelinga penulis mengenangkan lagu nyanyian allahyarham Sudirman, ketika menyanyikan lagu tersebut...satu-satunya penyanyi tanahair yang berjaya menyemarakkan semangat patriotik dikalangan rakyat Malaysia.
Pada tanggal inilah sepatutnya media berkejakeras untuk menyediakan pelbagai informasi untuk menyemarakkan semangat patriotisme dikalangan rakyat, hanya media dapat memberikan hasil yang memberangsangkan untuk mewujudkan rasa bangga, cinta dan kasih pada negara tercinta ini.
Namun setiap kali merdeka, media lebih berperanan untuk menyajikan hiburan konsert di sana sini, ini secara tak langsung akan menanamkan semagat 'berkonsert' ataupun malam pesta besar-besaran di kalangan muda-mudi. Ada yang dah siap-siap tanya di mana ada konsert atau pesta pada malam tersebut.
Nampaknya pesta berkonsert lebih menonjol di hati muda-mudi dari semangat patriotik bila datangnya hari merdeka, bukan salah diadakan konsert...namun suatu idea konsep hiburan yang bercirikan untuk menaikkan semangat patriotik perlu diadakan juga dimalam tersebut.
Pihak ATM juga sepatutnya pada hari tersebut mengadakan pameran statik ataupun demonstrasi ketenteraan di setiap negeri, media sepatutnya lebih banyak membuat dokumentari ketenteraan seminggu sebelum hari merdeka untuk tontonan rakyat Malaysia, kita tidak mahu filem-filem lama yang diulangtayang.
Kaum muda mudi lebih gemar untuk melihat atau menonton hal-hal ketenteraan Malaysia masa kini. Namun kita masih kekurangan konsep doko seperti ini untuk ditayangkan di kaca TV, sesuatu yang amat menyedihkan.
Tidak dapat disangkal 'tentera dan rakyat berpisah tiada', maka dengan itu kombinasi ATM dengan mengadakan demonstrasi di setiap negeri rasanya amat berbaloi didalam usaha untuk menyemarakkan lagi semangat cintakan tanah air.
Akhir kata, sebagai rakyat yang lahir di bumi Malaysia yang merdeka ini...renungkan sejenak apakah pengorbanan yang telah anda lakukan untuk keamanan dan kesejahteraan negara tercinta ini, penulis telahpun menunaikan tanggungjawab pada negara....anda bagaimana ? Adakah anda setia pada negara ini....atau negara ini hanya sebagai batu loncatan ? Tepuk dada tanya selera.
militari | ATM | merdeka | patriotik |