Photobucket

TUDM - PERLU UTAMAKAN PESAWAT AEW/AWACS

posted in at 9:12 PTG

SAAB AEW&C FOR RMAF

SAAB 340 AEW&C - Kemungkinan besar TUDM bakal menggunakan pesawat keluaran SAAB sebagai medium AEW&C



Mengapa perlunya pesawat AEW&C dalam iiventori TUDM, MUNGKN ADA YANG MENGATAKANNYA SEBAGAI PEMBAZIRAN, namun hakikatnya jika pesawat ini tidak perlu dan wajar..mengapa ianya dibina dan digunakan oleh kebanyakan negara di dunia terutamanya kuasa besar ?

Sebenarnya pesawat ini sememangnya perlu untuk memperhalusi jangkauan pemerhatian ruang udara negara di samping membantu pesawat pejuang dari segi kordinasi serangan dan memusnahkan pesawat musuh, malah ianya juga membantu dalam mendeteksi objek-objek dipermukaan laut dan daratan,

Pendeteksian tersebut bakal disampaikan maklumatnya kepada pesawat pejuang untuk memusnahkan sasaran yang telah dikenalpasti.

Secara mudahnya ianya berfungsi sebagai pemantau dan penjejak bagi ruang lingkup kawasan yang tidak terjangkau oleh radar pesawat pejuang.
 
Keperluannya amat penting bagi merangkumi pemantauan 'BLACK SPOT', yang tidak terjangkau oleh lainlain aset pemantauan pertahnan negara, dengan adanya aset ini memberi lebih keyakinan terhadap tugasan pemantauan ruang udara negara dari dibolosi dan dengan adanya juga musuh semakin sukar untuk membolosi ruang udara negara.

Kehadiran pesawat AEW ini juga dapat membantu pesawat-pesawat pejuang lain yang mempunyai konfigurasi deteksi radar yang rendah, menjadikannya lebih 'alert' terhadap pesawat pejuang musuh yang lebih jauh jarak pengesanan radarnya, ini secara tak langsung mampu meningkatkan lagi survivaliti pesawat-pesawat pejuang negara.

Update Info:
Pada LIMA11, DRB-HICOM telahpun menandatangani kerjasama dengan SAAB, dalam proses membuat rangka cadangan bagi sistem AEW&C, adakah ini memberi hint bahawa kita sebenarnya telah memilih pesawat AEW&C daripada SAAB, ada logiknya memandangkan SU30MKM telahpun menggunakan penderia elektronk keluaran syarikat ini.

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share