Photobucket

EXIT 827 ROAD TO BUKIT GAMBANG RESORT CITY KUANTAN PAHANG

posted in at 2:46 PTG


EXIT 827 TOL SRI JAYA - BUKIT GAMBANG RESORT CITY KUANTAN PAHANG (GBRC)...kenapa aku tulis artikel pasal Gambang Resort ni, tak dapat apepun. Aku tulis sebab nak beri panduan terperinci dan mudah untuk mereka yang tak pernah kesana tetapi nak tau jalan mudah untuk ke sana.

Memang kalau buka website Bukit Gambang Resort Cityni memang ada mapnya, tapi bagi aku ia amat mengelirukan bagi sesiap yang berpandukan map tersebut ke sana, last-last ikut jalan yang jauh, banyak yang keluar ikut exit Gambang, sebab dalam map nampak exit tersebut lebih dekat.

Tetapi exit yang paling dekat ialah EXIT 827 SRI JAYA, keluar ikut exit ini lebih dekat untuk ke Bukit Gambang Resort City.

Nak ke resort ni kalau dari KL lebih baik melalui highway MRR2, kalau tak tau pergi je ke jalan Ampang ,checkPoint - Ampang Park shopping mall, dari situ terus jalan arah ke Ampang Point, lebih kurang 300meter kot ke Ampang Point anda akan nampak flyover jangan naik ke atas flyover tersebut, ambil sebelah kiri anda akan masuk terus ke arah ULU KELANG, MRR2 terus je sampai nampak signboard KUANTAN,GENTING HIGHLAND DAN UIA, ikut arah tersebut dah tentu tak sesat, dari Karak HIGHWAY tu teruskan je perjalanan anda berpandukan arah KUANTAN sehinggalah selepas anda melepasi TEMERLOH RR (INI ADALAH RR YANG SESUAI UNTUK ANDA BEREHAT,MAKAN ATAU ISI MINYAK ) setelah itu dalam masa tak sampai 20minit, anda akan nampak EXIT 827 SRI JAYA, SO ikut exit tersebut untuk ke BUKIT GAMBANG RESORT CITY.

Selepas tol SRI JAYA, anda akan lihat simpang 3, sebelah kanan ke Sri Jaya, kanan ke Tasek CINI, belok ke kiri teruskan perjalanan, jalan ini jalan mainroad lama tapi jalannya baik dan selesa, terus je ....go straight don't belok-belok. Jalan ni selesa untuk pemanduan 80 - 100 kmh. 10km nak sampai ke Gambang Resort, ANDA AKAN NAMPAK sign board ke Gambang Resort City, every one km. Signboard warna coklat.

SELEPAS TOL SRI JAYA perjalanan kiri dan kanan jalan ni sedikit berhutan dan terdapat rumah-rumah kampung... dan ada sebuah restoran makan melayu di tepi jalan sebelah kanan jalan. cuma bila dah dekat dengan simpang ke resort anda akan nampak ada new construction rumah-rumah kedai baru dibina sebelah kanan.

SO dengan panduan aku ini tak ade lagi yang gabra-gabra untuk ke sana. Lagi satu kalau nak balik ke KL patah balik ikut arah anda datang tadi, ambil tol Sri Jaya ke KL.

LEBUHRAYA PANTAI TIMUR WIKIPEDIA

mtdinfraperdana

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share