Photobucket

KD SRI INDERAPURA TERBAKAR

posted in at 10:16 PTG

Foto- THE STAR oleh Saiful Bahri

LUMUT 8 Oktober 09. KD SRI INDERAPURA - Kebakaran besar yang berlaku tersebut bukanlah kali pertama ini adalah kali kedua kapal ini terbakar, yang pertama pada tahun 2002, kebakaran kali kedua ini tidak dapat menyelamatkan lagi kapal tersebut.

Kerajaan perlu untuk mencari ganti kapal LST yang baru untuk TLDM, keperluan kapal LST adalah sangat penting bukan sahaja kepada TLDM, malah kepada lain-lain cabang seperti tentera darat dan juga udara, dari segi keperluan untuk penghantaran logistik kepada pasukan ataupun pengkalan.


Selain dari itu kapal ini juga digunakan untuk mendaratkan tentera dan juga peralatan tentera dan pengangkutannya ke kawasan operasi, dengan kehilangan kapal ini, walaupun tidak melumpuhkan pengoperasian TLDM, ianya juga tetap memberi kesan dari segi keupayaan untuk menggerakkan operasi dan sebagainya.

RUMUSAN:

Sepatutnya TLDM kini telah tersedia dengan 3 buah LST, bukannya sebuah sahaja, lihatlah impaknya bila sebuah kapal LST musnah, berapa lama untuk menempah dan membina semula sebuah kapal LST yang baru? Bukannya sehari dua.

Kita sepatutnya tidak terlalu mengganggap pembelian aset ketenteraan itu sebagai suatu pembaziran, ianya adalah suatu aset saham jangka panjang, demi keselamatan sesebuah negara.

spesifikasi.

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share