Photobucket

100 Plus dan Demam Denggi

posted in at 1:18 PTG

Akhbar KOSMO - hari ini ada memaparkan berita mengenai minuman isotonik 100 Plus, yang
di sebut oleh ramai orang dapat meyembuhkan demam Denggi. Itu menurut pendapat orang ramai, tetapi bukan rujukan rasmi para doktor, walau apapun tanggapannya, banyak yang sembuh demam Denggi mengatakan mereka ada minum 100 plus dan ada perubahan.

Tapi doktor juga ada memesan supaya banyak minum air kalau kena demam Denggi. Aku tak nak mempertikaikannya, tak salahpun kalau mereka minum 100 Plus, kalau kena demam Denggi, rasanya lebih baik dari minum air kosong. Tapi kena ingatlah sikit mana-mana yang ada penyakit
kencing manis.


Apa yang nak aku kupaskan disini adalah, bagaimana orang ramai tahu, mereka dah terkena demam Denggi, sebelum terlambat. Apa yang penting adalah untuk mengetahui adakah kita kena demam Denggi atau tidak, apabila terdapat
bintik-bintik merah kecil di mana-mana bahagian kulit anda dan pastikan ianya dibahagian bawah kulit. Kalau bintik-bintik merah yang timbul atas permukaan kulit, yang tu bukan Denggi, itu kita panggil RUAM.


Bintik-bintik merah di bawah permukaan kulit, bagaimana nak pastikannya, senang aja, kalau kulit bahagian atas tu licin macam biasa je tapi nampak bintikan merah pada kulit, sah lah denggi tu. Kalau ruam kita dapat rasa sebab bintikannya timbul pada permukaan kulit.

Kalau ada bintikan merah dibawah permukaan kulit dan anda demam waktu itu walaupun sedikit, terus ke HOSPITAL ye jangan ketempat lain. Hospital adalah tempat paling baik untuk mendapatkan kepastian demam Denggi anda. Demam Denggi ni kalau cepat dapatkan rawatan tidak berbahaya, yang menjadi bahaya tu bila dah sampai tahap ICU, BARU NAK PERGI HOSPITAL TU LE YANG MASALAH BESAR.

Kencing Manis-wikipedia
| demam Denggi wikipedia

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share