Photobucket

Jutawan - The Begining Part2

posted in at 12:57 PTG

Bagaimana mereka menjadi jutawan? Akupun tak tahu...akupun belum lagi menjadi jutawan...cuma disini aku cuma ingin meluahkan bagaimana tiba-tiba keinginan untuk menjadi jutawan timbul dari dalam hati kecil ini.

Masuk akal atau tidak? Logik atau tidak? Tepuk dada tanya selera.

Sepertimana pada part1, salah satu ciri asas untuk menjadi jutawan ialah mempunyai impian untuk menjadi jutawan, itulah perkara paling asas yang perlu ada , maksudnya impian beserta keinginan bukannya sekadar impian khayalan.

Asasnya untuk menjadi jutawan bagi aku bukannya bemaksud pada waktu itu kita dah mempunyai wang yang hampir mencecah jutaan Ringgit. Walaupun dalam keadaan papa kedana sekalipun aku rasa, mereka yang mempunyai 'impian + keinginan' akan menemui jalannya.

Agak kelirukan, aku juga pernah terfikir...aku 'brainstorming' sendirian bagaimana orang boleh termimpi untuk jadi jutawan dan akhirnya dia berjaya...setelah memerah otak memikirkan logiknya ...aku dapat kesimpulan yang mudah.

contohnya disini: sekiranya seseorang itu, bercita-cita untuk menjadi pemandu teksi, apakah yang ia akan lakukan, inilah senarionya:
1. Ia akan mencari maklumat berkaitan dengan teksi,lesen,bayaran dan lain-lain.
2. Bertanya kepada pemandu teksi yang telah lama bekerja sebagai pemandu teksi.
3. Seterusnya setelah memperolehi maklumat yg cukup maka dia melakukan prosedur-prosedur untuk membolehkan dia menjadi seorang pemandu teksi.
4. Akhirnya dia berjaya menjadi seorang pemandu teksi.

Kesimpulannya disini...apa yang anda impi dan inginkan...itulah yang bakal anda usahakan. Anda akan mencari jalan kearah impian anda dan akhirnya anda akan menemui jalan tersebut dan jadilah seperti apa yang anda ingin dan usahakan selama ini.

Apakah impian ini berkaitan dengan $$wang......
akan bersambung lagi







lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share