Mengapa Tubuh Manusia Tak Ada Spare Part?
Pernahkah anda semua terfikir demikian, jika kita lihat kehidupan di dunia ini semua yang di cipta ada alat gantinya, contoh yang paling hampir dengan kehidupan harian kita adalah kereta yang kita miliki, bila ada kerosakan sesuatu daripada peralatannya, kita ke woksyop dan alat ganti yang baru diganti dengan yang baru...kemudiannya kereta kita dapat dioperasikan dengan sempurna seperti biasa.
Tidak seperti tubuh badan manusia yang mengalami kerosakan pada organ-organ tertentu...sudah tentu kita akan menghadapi masalah kesihatan yang buruk sekiranya tiada organ baru yang kita perolehi untuk digantikan...malah umum semua tahu tiada organ ciptaan 'sparepart' yang asal ada dicipta di muka bumi ini.
Mengapakah organ manusia tak ada sparepart....puas juga penulis memikirkannya...setela dibuat pemerhatian...penulis akhirnya menemui sebabnya.
Tubuh manusia tidak perlu ciptaan alat ganti untuk menggantikan organ-organ yang telah rosak...kerana tubuh manusia itu sendiri berkebolehan untuk 're generate' dan memulihkan tisu-tisu yang rosak dengan bantuan tumbuhan dari alam semula jadi, sebab itulah penulis rasa mengapa tubuh manusia tidak ada alat ganti, tumbuhan alam semuladi yang diciptakan oleh Allah dan pelbagai lagi bahan semulajadi alam ini mampu membantu manusia menyembuhkan pelbagai penyakit berisiko tinggi, mungkin ada yang telah ditemui...malah ada juga yang masih belum kita temui.
Contoh paling mudah...pernahkan anda dengar seorang pesakit kencing manis yang berisiko tinggi...sehinggakan perlu dipotong kakinya berjaya sembuh setelah mengambil bahan semulajadi alam yang telah dirumus khas untuk penyakit kencing manis, akhirnya berjaya memulihkan kembali kakinya yang telah rosak dan tisu-tisu baru mula di'generatekan' dan kakinya kembali pulih seperti sediakala.
Pelbagai lagi kes-kes yang pernah penulis lihat, dimana ramuan alam semulajadi berjaya memulihkan pesakit dengan pengambilan bahan semulajadi alam tersebut sebagai salah satu alternatif perubatan.
"Kemampuan tubuh manusia untuk membina kembali tisu-tisu yang rosak dengan bantuan bahan-bahan dari alamsemulajadi ".
Itulah sebabnya organ manusia tidak ada spapepartnya, cuba anda renung-renungkan.
Makanan yang kita makan itu adalah racun dan penawar bagi manusia, apabila tersalah pilih ianya akan memudaratkan kesihatan, maka oleh itu berhentilah makan sebelum kenyang.
Antara bahan dari alam semula jadi yang berkemungkinan besar boleh dibuat kajian dengan lebih mendalam di dalam memulihkan tisu-tisu di dalam tubuh manusia yang rosak atau luka ialah 'GAMAT', yang kita ketahui amat berkesan dalam menyembuhkan luka, dan mungkin suatu hari nanti kanser boleh dipulihkan dengan hanya melalui suntikan hasil dari gabungan gamat dan beberapa bahan dari sumber alam semulajadi yang lain, tanpa perlu pembedahan, siapa tahu....ianya bakal jadi kenyataan ...tetapi penulis yakin dan siapa dulu yang bakal mendahului membuat R&D mengenainya.
Pendapat peribadi penulis, tubuh manusia mempunyai mekanisme untuk menyembuh....tetapi perlu dibantu dengan bahan-bahan dari alam semuladi sebagai 'PEMANGKIN'.
Pendapat penulis semata-mata.
kesihatan | health | gamat, kanser, kencing manis, semulajadi | apaajanews