ALATGANTI KENDERAAN PALSU
alat ganti palsu, anda perlu membawa mereka yang arif, ketika membeli alat ganti kenderaan untuk mengelak dari tertipu ketika membelinya - gambar contoh
Hari ini akhbar KOSMO ' pemilik kereta ditipu RM 1 bilion', akibat dari tertipu membeli alat ganti kenderaan palsu yang di sangkakan original. Rasanya bende ni dahpun lama dah berlaku....rata-ratanya setiap pemilik kenderaan tahu mereka sering tertipu, namun kita sebagai pemilik kenderaan sendiri tak pasti mana satu yang 'ori' mana satu yang 'palsu', sebabnya semua tanda cop dan label semuanya nampak 'ori'.
Jadi nak salahkan siapa, nampak gayanya bende ni bila lama-lama di korek akhirnya macam dulu-dulu jugaklah jawabannya:
1. salah pengguna kerana membeli yang palsu
2. slogan ini akan keluar sebagai salah satu jawaban paling mutakhir ' jadi pengguna bijak'.
Kemudian berita sebegini akan lenyap ditelan waktu...dan penjualan barangan seperti ini akan mula rancak kembali seperti biasa. Begitulah al kisahnya. betul tak? Macam tengok cerita hindustan tengok sekejap je dah boleh agakdah ....apa kisah seterusnya...hero menang dan yang jahat akan ditangkap,
Rasanya bukan setakat alat ganti sahaja yang palsu...malah minyak bendalir juga banyak yang dipalsukan, kalau tak dipalsukan didowngredkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
Contohnya minyak gearbox, penulis amat prihatin ketika membeli minyak gearbox ni, minyak ini kalau sebetul-betul yang 'ori' bila dah di masukan kedalam gearbox...anda cuba 'shift gear' kereta anda...anda akan dapat rasakan kelancaran penukaran gear anda tanpa sebarang sangkut...very-very smooth. Kalau tersangkut atau susah nak masuk gear tu faham-faham je lah.
Seboleh-bolehnya beli sendiri dan pastikan ianya diisi di depan mata anda dan pastikan tong yang digunakan untuk masukkan minyak gear anda itu kosong.
Antara yang minyak gearbox yang paling bagus ialah 'castrol', namun agak susah untuk mendapatkannya, rata-rata kedai sparepart tak nak jual...atas sebab-sebab yang mereka sahaja yang tahu.
Hanya 2 individu sahaja yang dapat mempastikan barang-barang original ni:
1. mekanik workshop
2. penjual sparepart
Pernah suatu ketika dahulu, penulis bersembang dengan salah seorang individu yang pernah bekerja di sebuah kedai sparepart dalam bercerita tentang spare part ni, mungkin dia terlajak sebut kot, katanya. barang ori ni memang susah nak dikenalpastikan, sebabnya bungkusan-bungkusan ori ni di buka dan tak semua item ditukar dengan barangan yang tak ori....mungkin satu dua item sahaja, dan packingnya still 'ori' .
KESIMPULANNYA:
Bagaimana nak memastikan pengguna dapat membeli yang ori, jadi hanya satu cara sahaja...syarikat pengeluar kenderaan perlu membuka cawangan kedai sparepartnya sendiri di setiap negeri...dan kendalian kedai tersebut juga adalah dari staf-staf syarikat pengeluar kenderaan tersebut...dan bukannya dengan melantik agen-agen. Hanya cara inilah sahaja barangan ori dan tak ori ini dapat dikawal dan dikenalpasti.
Tips untuk pengguna:
Minyak gearbox yang bagus berdasarkan pengalaman penulis:
a.Castrol- cari yang ori
b.Coolant kereta yang bagus - beli sahaja di stesen minyak caltex, produk caltex.