Photobucket

MINI DOKDO LPH UNTUK ATM MALAYSIA

posted in at 11:07 PG

KAPAL MINI LPH DOKDO - MALAYSIA ARMFORCES

Sebagaimana yang telah di war-warkan oleh media massa, Malaysia bakal membeli dan membina sendiri kapal MRSS bagi menggantikan kekurangan kapal sedia ada.  Jenis kapal yang telah dicadangkan ialah dari jenis DOKDO buatan korea selatan 1 daripadanya akan dibina di Korea Selatan dan 2 lagi akan dibina di bagan datoh oleh NGV TECH sdn bhd.

Namun menurut media saiznya adalah lebih kecil dari saiz DOKDO yang sebenar  DIMANA anggaran beratnya adalah pada 8,000ton berbanding  berat asal dokdo iaitu 14000 ton.

Jadi disini penulis cuba bayangkan bagaimanakah kapal mini Dokdo malaysia ini dari segi beratnya ...bukan bentuknya...seperti mana kita ketahui bentuknya adalah mirip Dokdo LPH, cuma bagaimanakah Dokdo dengan anggaran 8000 ton Malaysia ini dibayangkan dari segi beratnya.

Setelah dibuat pencarian....akhirnya penulis dapat sebuah contoh kapal LPH ala-ala dokdo bersaiz berat sekitar 8000 ton.


Perbandingan dari segi berat

Inilah gambarnya, contoh diambil dari gambar kapal lpd san marco NO PENANT 9893 beratnya 7,650 tons
Displacement: 7,650 tons standard
Length: 133 m.
Beam: 20.5 m.

kapasiti 350 TENTERA, 30MBT atau 36 APC
3 buah helikopter sea king  atau 5 x bell ab 212

SAN GIORGIGO LPD- Kelihatan agak kecil / tanpa Hangar?

Rujukan lebih lanjut LPD SAN MARCO,SAN GIORGO
-----------------------------
kesimpulan :
Malaysia mungkin perlukan sebuah kapal LPH yang berkonsepkan saiz mirip  LST INDERAPURA ATAU RSN ENDURANCE  DENGAN RUPABENTUK SEPERTI LPH DOKDO. - pendapat penulis semata-mata. Apa yang diharapkan mini dokdo ini nanti diperlengkapkan dengan dengan sistem pertahananya sendiri seperti contoh pada absalon class, untuk membolehkannya mampu mempertahankan diri sendiri walaupun tanpa sebarang escort. Sebaik-baiknya enjin yang bakal digunakan nanti biarlah dari jenis yang sama digunakan oleh lain-lain kapal perang yang ada dalam inventori TLDM.

Kemungkinan, apa yang terbaik yang ada pada  dokdo,mistral 140 rsn endurance lst akan digabungkan di dalam merekabentuk kapal mini dokdo dan saiz '?' yang pastinya mesti  memenuhi spesifikasi keperluan  semasa dan akan datang, sebaik-baiknya biarlah bentuknya seperti dokdo, teknologi pembuatan kapal seperti Dokdo perlu diterokai sepenuhnya. Kesempatan ini tidak sepatutnya dilihat sebagai suatu pembaziran. 

Antara kapal LPH, yang mirip kepada DOKDO ialah mistral 140, HYUGA DDH  181 JEPUN, namun berat kapal ini melebihi spesifikasi anggaran mini DOKDO Malaysia, spesifikasinya seperti di bawah:
-----------------------------
MISTRAL 140 LPH :
Mistal LPH terdiri dari beberapa jenis yang mempunyai rupabentuk yang sama dengan berat yang berbeza-beza, Mistral 140 LPH adalah kategori yang paling kecil dalam kelasnya :

13,500 tons full load
Length 167m
Beam  24.7m
Draught 5.3m

HYUGA DDH 181:
Displacement 13,950t
18,000 tons full load
Length 197m
Beam  33m
Draught 7m

Antara lain-lain jenis kapal  LPD yang telah diperbuat bandingannya:

ABSALON CLASS LPD
6,600 tons full load
Length137.6m
Beam19.5m
Draught6.3m

LPD RSN ENDURANCE - buatan Singapura
6,500 tons - 8,500 tonnes
Length: 141 m
Width: 21 m
Draught: 5 m

DOKDO LPH :

14,300 tons (empty) / 18,800 tons (full)
Length: 199 m (653 ft)
Beam: 31 m (102 ft)
Draught: 7 m (23 ft)


LPH FINCENTIARI ITALY
15000 - 16.000 t
Length: 165 m
Beam: 31 m (102 ft)
Draught: 6.3 m

enforcer class
14000t /galicia/rotterdam
length 162.2m
beam 25m
Draught: 5.9m
enforcer 13000 mirip lpd indonesia

Chakri Naruebet
11486t
length 182.6m
beam 22.5m
Draught: 6.2m

---------------------
NEWPORT LST - sama sepeti kapal lst inderapura tldm yang musnah dalam kebakaran:

displacement 8550t
length 159.18m
beam 21.7m
Draught: 4.11m

--------------------
VIDEO LPH DOKDO :



====================================

HYUGA DDH 818 - kapal LHD Jepun :



===================

ABSALON CLASS LPD - PERSENJATAAN - walaupun ianya dikategorikan sebagai kelas LPD, namun sitem persenjataanya lengkap untuk mempertahankan diri dari serangan udara, permukaan laut, peluru berpandu dan juga sistem anti kapal selam. Konsep sistem pertahanan kapal sebegini, wajib diperlengkapkan kepada bakal mini Dokdo Malaysia, memandangkan kapal ini bakal membawa aset-aset militari yang berharga, jadi amat wajar ianya diperlengkapkan dengan sistem pertahananya sendiri.



=================



=================
Rolling Airframe Missile (RAM)



=================
DOKDO LPH KOREA SELATAN




=================
Endurance Class LST - Singapore

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share