Photobucket

PLATUN HARIMAU - TIGER PLATOON DI TV2 RTM

posted in , at 8:39 PTG

drama platun harimau tv1 rtm

drama platun harimau tv1 rtm

Dah agak lama rasanya penulis mendengar tentang drama bersiri ini yang bakal ditayangkan ...tak sangka pula ianya telahpun mula ditayangkan pada hari khamis 21 jul 2011 di tv2 RTM, agak sedih kerana telah terlepas siri pertama platun harimau...tentu ramai yang masih belum tahu dan terlepas siri pertama drama ini.

dimana silapnya....sayang sekali drama bersiri bercirikan patriotik kurang di angkat promosinya. Drama bersiri ini akan ditayangkan setiap hari khamis jam 9.00 malam di RTM TV2. setiap minggu. Sememangnya bagus kita memperbanyakkan lagi kisah drama bercorak ketenteraan di kaca tv,


Sebuah kisah pasukan tentera darat dan pengalaman ketenteraan semasa malaysia di era penentangn dengan kumpulan pengganas komunis yang diangkat dari sebuah novel hasil karya Lt Kol Leftenan Kolonel Mohd. Radzi Abd. Hamid, berdasarkan pengalaman beliau semasa berkhidmat di dalam angkatan tentera darat, Malaysia. Novel Platun Harimau muncul novel terlaris di pasaran pada 2009, keluaran DBP.

Kalau siri COMBAT lakonan Vic Morrow boleh menjadi kegilaan di zaman kanak-kanak penulis suatu ketika dahulu, rasanya sekiranya drama bersiri bercorak ketenteraan khususnya tentera darat pasti juga  boleh, masalahnya tidak ramai yang berani untuk membuat filem ataupun drama bersiri seperti ini.

COMBAT lebih kepada konsep peperangan konventional dan urban war, semestinya drama platun harimau bakal memberikan kelainan dari segi konsep peperangan kerana ianya lebih kepada peperangan melawan  insurgency / peperangan gerila.

Kerjasama tentera darat juga perlu dalam menjayakan pembikinan filem mahupun drama sebegini. Ianya juga sudah tentu akan meningkatkan moral bukan hanya pada anggota tentera malah golongan awam terutamanya golongan muda juga boleh teruja untuk berkhidmat di dalam angkatan tentera, Kementerian Pertahanan sudah semestinya sedar akan perkara ini, daripada kita membanggakan pasukan tentera luar lebih baik berbangga dengan tentera sendiri.

Akhir kata, tahniah diucapkan kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan drama bersiri ini. Gagah Setia


apaajanews| tentera darat | kementerian pertahanan | drama bersiri | RTM | TV2 | platun harimau |  

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share