PESARA TENTERA - Jasamu tetap dikenang, jangan sesekali kita lupa
Dah lama tak mencoret, agak sibuk atau tak ada mood...mungkn, namun berita panas seperti tajuk diatas telah membuatkan hati kecil ini ingin meluahkan sedikit idea dan pendapat.
Bermacam macam cerita dan keluh kesah dibaca di alam maya, berkenaan
pencen awal pesara tentera bakal diberikan...penulis tak pernah mendengar berita ini sebelumnya, cuma sejak 2,3 bulan ini isu ini menjadi panas, ada yang menyokong ada yang mengeji pesara tentera yang bersara awal, antara yang paling panas ialah perkataan ' siapa suruh berhenti awal'.
Rasanya semua pesara tentera yang memuktamadkan pendirian untuk menamatkan perkhidmatan lebih awal telah maklum mereka tidak akan mendapat pencen, itu kesimpulannya dan hakiki mereka telah maklum dengan perkara tersebut.
Namun mungkin disebabkan masalah kesihatan, keluarga atau peluang yang lebih baik datang disaat tersebut, mereka bertindak menamatkan perkhidmatan mereka.
Namun kita merancang, namun tidak semua perancangan kita berjaya, sesuatu yang perlu kita akui tentang hal tersebut, namun ramai yang berhenti awal banyak yang bekerja bukannya tak bekerja...ada yang bagus pendapatannya ada yang ala kadar, namun mereka tak pernah meminta-minta, mereka faham seperti sebelum mereka menamatkan perkhidmatan dahulu bahawa mereka tak akan dapat pencen.
Ada yang bawa teksi, ada yang berniaga dipasar malam ada yang jadi security guard dan bermacam lagi kerja ,namun mereka tetap menerimanya dengan tangan terbuka, malah ada juga yang telah berjaya menjadi usahawan yang berjaya namun rata-ratanya mengatakan bahawa gaji tentera di masa kini, amat selesa jika dibandingkan zaman mereka berkhidmat dahulu.
Apa yang nyata semasa Dato' Seri Najib menjawat Menteri Pertahanan, banyak pembahruan dilaksanakan yang membawa manfaat kepada kemudahan dan kebajikan bagi anggota tentera khususnya.
Mungkin perkara ini menjadi panas apabila ada yang mengumumkan bahawa golongan ini akan diberikan imbuhan atau pencen...taklah dapat nak penulis pastikan, jadi sekiranya dah janji,,,pastinya ada orang yang akan menuntut...namun mereka ini tidak meminta...sekiranya tidak dijanjikan...itulah kenyataannya.
Sememangnya banyak kursus ala-ala vokasional disediakan untuk mereka yang bakal menamatkan perkhidmatan, penulis lihat ini suatu perkara yang baik bagi memberikan mereka pengetahuan untuk menceburi bidang perniagaan setelah tamat perjhidmatan, namun beberapa langkah proaktif perlu diupgrade bagi memastikan golongan ini terus berjaya mencapai sasaran yang diidamkan setelah tamat menjalani kursus.
Apa yang menjadi masalah apabila golongan ini gagal untuk mengharungi alam perniagaan atau lain lain bidang yang telah mereka ceburi, kemana harus mereka mendapatkan khidmat nasihat dan modal.
- modal/ support dan pusingan
- khidmat nasihat / mentor
- koperasi khas untuk bekas tentera/ sumber dana /tabung simpanan kedua setelah bersara
3 perkara yang terlepas pandang, menyebabkan kelompok ini gagal dalam mengharungi hidup di alam dunia awam yang mencabar.
Penulis pernah ke JHEV, apabila melihat di papan tanda jawatan kosong, seperti kebiasaannya hanya jawatan pengawal keselamatan sahaja yang memenuhi ruang, amat menyedihkan, tak kanlah semua pesara tentera hanya layak untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan sahaja dah tak ada kerja lain ke, cuba brainstorm sedikit...masa dan fikiran.
PBTM macam biasa-biasa sahaja, setakat hanya mampu memberi bantuan derma ala kadar kepada pesara tentera,kutip derma rayuan hari pahlawan, tak lebih seperti peranan tok penghulu kampong sahaja.PBTM seharusnya perlu berfikir mencari idea
bagaimana untuk menjanakan ekonomi dan kewangan pesara tentara.
Dunia semakin maju dan moden, kita perlu ingat tentera banyak yang mempunyai kepakaran yang boleh dialihkan kepada tenaga kerja yang berkaitan dengan kepakaran mereka (selain dari security guard), umpamanya dalam sektor industri pertananan syarikat syarikat swasta di dalam negara.
Apa yang perlu diwujdkan sekarang ini adalah suatu badan yang mampu untuk menjana kewangan untuk mereka seperti mewujudkan sebuah
koperasi khusus untuk bekas tentera, dimana mereka boleh mencarum disitu dan mendapat pulangan, dividen disamping menjadi mekanisme untuk mereka memohon pinjaman kewangan untuk menampung modal untuk mereka menjalankan sesuatu bisnes.
Konsep
MENTOR perlu diwujudkan untuk membolehkan khidmat nasihat dan panduan untuk mereka menjalan projek bisnes sehingga berjaya
Dimana gabungan sumber dana, simpanan dan pelaburan dan mentorship ini disatukan menjadi sebuah koperasi khusus bagi bekas tentera sebagai suatu TONGGAK induk kewangan yang boleh diharapkan SEBAGAI TALIAN HAYAT UNTUK MEREKA.
Kerajaan juga perlu menggalakkan mereka ini untuk mewujudkan mungkin projek RND untuk mereka ini bergabung dalam kelompok kepakaran mereka masing-masng bagi membina sebuah syarikat industri pertahanan tempatan yang boleh menyumbang kepada produk-produk keperluan pertahanan tempatan.Masih banyak komponen komponen kecil produk pertahanan yang boleh difikirkan, dimana kekerapan penggunaannya adalah tinggi dan jika dihasilkan secara lokal dapat menjimatkan kos jika dibeli dari luar, produk seperti ini boleh dijadikan RND untuk golongan pesara tentera menceburinya.
- seperti contoh seorang pengusaha produk eksoz motosikal berjaya memproduksikan bom latihan untuk kegunaan pasukan udara Indonesia TNI AU - di Indonesia. Mungkin TUDM juga akan membeli bom latihan ini kerana harganya jauh lebih murah.
Sekiranya ini dapat dijalankan maka lain-lain pesara tentera juga akan dapat menumpang kerja di syarikat-syarikat ini pada masa hadapan, setidak tidaknya kita akan dapat membantu memperbanyakkan sumber pekerjaan bagi bekas pesara tentera dan tidaklah asyik-asyik jawatan pengawal keselamatan sahaja.
Jangan kita sia-siakan kepakaran mereka, dimamah oleh usia setelah bersara.Kepakaran ini perlu di recycle untuk memberi faedah bersama. win win situation lah katakan.
Hanya yang susah mengetahui kesusahan. kata -kata dari seorang kawan pesara , yang masih terngiang-ngiang di telinga penulis. Jadi kepada yang masih berkhidmat teruskan berkhidmat dengan penuh semangat patriotik, jangan ada yang mengeji mereka yang bersara awal, kita yang masih berkhidmatpun belum tahu arah perjalanan kita diwaktu terdekat.
bekas tentera | pencen tentera | tentera bersara awal | imbuhan untuk tentera bersara awal |