Photobucket

KISAH DEFTECH AV8

posted in , at 11:16 PTG

AV8 30mm turret

AV8 30mm turret- Rekabentuknya adalah hasil dari sentuhan jurutera anak tempatan bersama syarikat DENEL dari Afrika Selatan

Lenguh juga kaki hari ini...berjalan kesana kemari melawat dan melihat booth pameran dari berbagai pengeluar produk pertahanan dalam dan luar negara,,,namun kadang kala keterujaan melupakan aku tentang lenguh kaki ini

Sambil berjalan aku tercari-cari juga mana booth DEFTECH akhirnya jumpa juga aku, sempat JUGA bertanya dimana model mock-up sebenar yang diperkatakan bakal dipamerkan..akhirnya wakil syarikat mengatakan mock-up full scale memang tak ada cuma model kecil yang ada.

Penulis juga sempat melihat tayangan slide yang penulis tonton, beberapa tim jurutera tempatan DEFTECH telah dihantar ke Arika Selatan(DENEL), Peranchis(THALES) dan juga TURKI (FNSS)untuk menimba kepakaran yang lebih mendalam berkaitan dengan teknologi pembuatan kenderaan armor ini.

Jika dilihat pada model tersebut, sememangnya berbeza dari versi asal, termasuklah di bahagian 'hull' telah direkabentuk semula, dan tidak sama seperti yang asalnya.

Sempat juga penulis bertanyakan pada wakil syarikat Deftech, tentang desas-desus cerita luar yang mengatakan pengeluarannya agak terlambat seperti yang telah diwar-warkan. Spekulasi berita kelewatan itu telah banyak tersebar di alam maya, pelbagai kisah, teori keterlewatan dapat dibaca...namun pada pendapat penulis pelbagai spekulasi-spekulasi  tersebut rasanya kurang tepat, penulis juga merasakan spekulasi tersebut tidak boleh dipercayai selagi penulis sendiri tak mendapat

kisah sebenar dari mereka yang betul betul terlibat dan on the ground dalam projek ini, akhirnya hari ini penulis berkesempatan melawat dan bertanya sendiri

DEFTECH-AV8
DEFTECH-AV8 - Pembuatannya banyak membabitkan jurutera-jurutera anak tempatan

Soalan short cut yang penulis tanyakan satu sahaja...adakah final decision terhadap pemilihan persenjtaan telah dimuktamadkan..wakil syarikat mengatakan 'ya' ..so dengan jawapan 'ya' tadi maka sudah pastinya tiada lagi penangguhan...maka produksi bakal berjalan lancar.

Pada hemat penulis pemilihan persenjataan akan menjadi topik 'brainstorming', pro dan kons pasti wujud dan diambil kira...termasuklah konsep dan tujuan penggunaannya...samada bakal mencakupi keperluan dalam kepelbagai situasi. 

Tentera Darat khususnya sudah pastinya masak dengan apa yang mereka mahukan..memandangkan pelbagai pengalaman lalu dalam dan luar negara semuanya penulis rasakan diambil kira.

TDM melalui pengalaman insurgensi di dalam negara...contohnya, peristiwa Bakara market di Somalia  (black hawk down) dan pelbagai lagi, sudah pastinya dirujuk dan dijadikan panduan dan sempadan.

Kita sebagai orang awam, tak perlulah melatah dan menerima bulat-bulat pelbagai tanggapan negatif

Biarlah terlewat sedikit tetapi hasilnya nanti bakal mencakupi segenap segi keperluan operasi ATM di era peperangan zaman teknologi moden, dimana keselamatan perajurit dan aset kelengkapan yang dihantar ke suatu lokasi operasi menjadi suatu faktor yang amat penting dalam usaha mencapai kejayaan dalam sesuatu misi operasi.


Pada pendapat penulis projek ini tak sepatutnya dihenti separuh jalan setelah segala penat lelah jurutera memerah otak untuk menghasilkan suatu kenderan armor yang mencakupi keperluan Tentera Darat.

Sekiranya projek ini berjaya dilaksanakan...secara jangka panjangnya kita tidak perlu lagi sibuk untuk mencari model baru untuk kenderaan armor, malah kita juga bakal mampu untuk membuat modifikasi dan upgrade kenderaan ini mengikut keperluan semasa, secara tak langsung membeli produk pertahanan keluaran syarikat tempatan dapat mengurangkan pengaliran keluar wang negara.

Industri sokongan kecil juga akan dapat diperbanyakkan ..malah bakal membuka lebih banyak peluang kerjaya dan bakal menghasilkan lebih banyak jurutera-jurutera anak tempatan yang berkebolehan dalam indusri dan teknologi militari.

"Didalam mencapai hasrat negara maju kita perlu menjadi pencipta, melahirkan ramai pencipta dan bukannya setakat melahirkan jurujual sahaja".

Akhir sekali semoga projek ini berjalan lancar dan pelbagai pihak yang terlibat perlulah komited. TDM pula perlu komited tentang apa yang mereka perlukan, kerana merekalah yang akan menggunakannya semasa perang...bukannya orang awam.

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share