Photobucket

Template Blog Mesra SEO

posted in , at 9:10 PTG

SEO TEMPLATE

Blog SEO - Bagaimana untuk memastikan samada blog template itu mesra seo atau tidak, baca dengan lebih lanjut

Penulis bukanlah pakar tentang SEO,masih banyak yang perlu digodak tentang ilmu seo ini, namun pada hari ini penulis sempat meluangkan masa membuat sedikit kajian tenang template blog, yang boleh kita pilih secara percuma yang jumlahnya beribu-ribu di internet.

Pilih sahaja yang mana berkenan dihati download dan terus guna, begitulah mudahnya kita memilih template blog yang memenuhi selera hati, bab ini semua orang tahu,

Aapa yang penulis jadikan bahan kajian ialah, blog template yang mesra seo atau 'seo friendly blog template', yang ini selalu kita lepas pandang bila dah jumpa blog yang berkenan dihati, terus tangkap muat dan pakai, kita lupa nak perhatikan tentang blog yang kita pilih dan suka itu mesra seo atau tidak.

Banyak laman web, yang memaparkan tentang blog template yang dikatakan mesra seo, yang boleh kita download, namun benarkah begitu bagaimana kita nak pastikan sedangkan kita buta seo.

Setelah beberapa kali mencuba 2 dan 3 blog template yang penulis jumpa yang didongengkan sebagai mesra seo, ada yang betul ada yang kurang betul...kebanyakannya ditahap kategori 'C'sahaja, namun penulis berjaya juga menemukan blog template percuma yang berjaya mendapat tahap kategori 'B' dalam mesra seo.

Bagaimana penulis mengujinya, bab ini mungkin blogger otai dah tahu,tapi bagi yang belum mengetahuinya, anggaplah ini sebagai salah satu tambahan ilmu percuma yang anda bakal perolehi tanpa perlu bekerja keras membuat kajian..

Penulis menguji blog template ini secara online dengan menggunakan seositecheckup, oleh yang demikian sebelum anda memuat turun blog template yang anda inginkan, pastikan anda singgah di seositechekup ini, untuk menguji samada template pilihan anda itu mesra seo atau tidak.  Selamat mencuba.

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share