PETUA MANDI DI AIR TERJUN
Sekadar mahu mengingatkan kepada mereka yang suka mandi manda di kawsan air terjun terutamanya kawasan tersebut di kawasan yang sememangnya dikawasan kategori hutan dan berbukit tinggi, bukannya apa teringat kisah lemas di air terjun beberapa bulan dahulu.
hiasan semata-mata
, al maklumlah bila bergesel dengan batu mana tak berlubang seluar, itulah pengalaman penulis ketika kecil,
macam nilah rasanya menggelongsor di air terjun
Apapun apabila mandi dikawasan air terjun dimana kawasannya adalah berhutan, apabila langit mendung dan hujan mula turun....pastikan anda tidak lagi berada di dalam sungai...cepat-cepatlah naik ke daratan, kerana apabila hujan turun dikawasan berbukit...walaupun nampak tak lebat, air dari atas bukit akan turun dengan banyak bersama arus deras secara tiba-tiba tanpa kita jangkakan...kerana itu merupakan sifat semulajadinya.
Pergilah ke mana-mana sekalipun kawasan berbukit dan adanya sungai, hal yang sama akan berlaku sekiranya hujan turun...jadi pastikan anda mematuhi PANDUAN ini.
Bukan sekadar cerita kosong...ini adalah kenyataan...sebab penulis sejak dari kecil bermandi manda dikawasan hutan air terjun dan telah arif sangat dengan SITUASI sebegini.
Semoga ibu bapa dapat sedikit pandun tentang perkara ini.
Namun dengar khabarnya tempat penulis selalu bermandi manda ketika kecil dahulu, telahpun ditutup kepada orang-ramai atas sebab-sebab keselamatan. Sewaktu kecil dahulu memang orang tua-tua pernah berkata tempat yang penulis kunjungi tu KERAS.