Photobucket

PENAMBAHAN SU30MKM UNTUK TUDM?

posted in at 1:28 PG

BUY SU30MKM-BRAHMOS

Su30-MKM - penambahan baru bakal melengkapkan lagi tahap kesedian TUDM, dalam memantau ruang udara negara

Menurut sumber yang dipetik dari RIA Novosti, Kementerian Pertahanan bercadang untuk menambah kekuatan skuadron Su30-MKM yang kini bejumlah 18buah pesawat, pertambahan dijangka sebanyak 18buah lagi pesawat pejuang tersebut bakal menjadikan jumlah keseluruhan menjadi 36 buah kesemuanya.

TUDM juga bercadang memperlengkapkan persenjataan peluru berpandu cruise dari jenis BrahMos yang dikeluarkan secara usahasama antara negara India dan Rusia, untuk digunakan oleh pesawat pejuang Su30-MKM.

Nama BrahMos adalah singkatan gabungan nama dua sungai dari 2 buah negara iaitu sungai Brahmaputra di India dan sungai Moskva diRusia. 



Seandainya ia menjadi kenyataan, TUDM pasti dapat beroperasi dengan lebih efektif, dalam tugas yang telah diamanahkan kepadanya untuk menjaga ruang udara negara, disamping dapat menarik nafas lega diatas kekangan aset udara yang dihadapinya sebelum ini. Walaubagaimanapun keperluan terhadap lain-lain aset udara dalam iventori  TUDM  yang masih belum dipertingkat dan diperbaharui diharap tidak akan dibiarkan begitu sahaja.

Su30-MKM | Su30-MKi | BrahMos Missile | TUDM |  NextGen | Supersonic | Mach 2.8 | MMRCA | Jet Pejuang | Menteri Pertahanan | Zahid Hamidi | Malaysia |

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share