Model gantian Proton Waja akan diperkenalkan bersama-sama Persona menjelang akhir tahun ini,mengenai model gantian tersebut,sumber industri itu berkata, ia akan menampilkan salinan versi Mitsubishi Lancer Fortis yang dipertingkatkan. Model sedan baru ini dijangka mampu meningkatkan lagi penguasaan Proton dalam industri automotif tempatan dan juga antarabangsa, dengan harga pengenalan sekitar RM80,000.00 seunit.
Sumber dipetik dari Berita Harian/seksyen Ekonomi bertarikh 22 feb 2010 oleh:
Kamarulzaidi Kamis.
autos | gantian model kereta | proton waja | mitsubishi | lancer fortis | geneva | industri automotif | apaajanews | Digg | Yahoo
Apa yang menarik tentang berita ini…..baru sahaja Proton mengeluarkan mpv proton Exora, aku berkesempatan juga melihat pameran kereta ini, bagi pendapat aku Proton mpv ini dalamnya agak luas dan dari segi finishing dalamannya bagus,keluasan juga bagus.
Enjinnya pula versi 1.6, Cuma enjin ni saja aku rasa agak kurang gemar sedikit..bukannya apa takut meraung kalau-kalau naik bukit. Loss power itu yang kurang sedap bila memandu jauh dan bila melalui lebuhraya ke Pahang.
Namun aku belum berkesempatan untuk memandu uji lagi, so harapnya tidaklah meraung, sepatutnya kalau dikeluarkan enjin versi 1.8kan lagi bagus.
Perodua juga bakal mengeluarkan mpvnya sendiri, dengar-dengar dari versi ‘Toyota Sette’. Enjinnya pula veris 1.5…alamak, apapun kita tunggu dan lihat meraung atau tak. kalau dilihat keluasan dalamannya luas dan selesa, lihat beberapa gambar di bawah.
yang ni spyshot yang dapat dilihat - bakal perodua mpv, tengah test drive. p/s. kepada pemilik exora why not, give a reply samada prestasi enjin exora ok ke tak?
lagi...photo Perodua MPV
Volkswagen GTi Mk5
Antara kereta idaman dan menarik minat aku ....mungkin yang dah memilikinya bolehla tolong beri komen dari segi keselesaannya dan juga 'performance' GTi 200hp ni...........vrooommmm
Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”