RUMAH INI RUMAH KITA

RUMAH INI RUMAH KITA

posted in at 4:14 PTG

RUMAH KITA ND LALA

RUMAH ANAK CUCU KITA - sekadar hiasan tidak ada kena mengena dengan yang hidup dan mati

Rumah Kita
Mari kita cari titik persamaan
Jangan dibesarkan titik perbezaan
Di situ bermula perpaduan kita
Di situ bermula perpecahan kita
Benarkah ini rumah kita
Memang benar dek oi
Duduklah di kerusi
Jangan duduk di lantai saja
Rumah ini rumah kita
Memang benar dek oi
Sudah terang lagilah nyata
Jangan sengketa
Sesama kita jangan sengketa
Rumah ini rumah kita
Jangan biarkan orang yang jaga
Di tangan kita
Buruk baik di tangan kita
Benarlah ini rumah kita
Makanlah isi
Jangan hanya hirup kuahnya
Baru tentu hala tujunya
Anak cucu terpelihara
Berbaik berpada-pada
Jangan cacing naik ke mata

Mungkin ada yang tertanya tanya rumah siapakah ini, rumah ini sebenarnya adalah reban ayam, bukn rumah setinggan yang didiami oleh manusia. sekadar simbolik dan hiasan semata mata.

Bila teringat lagu nyanyian ND LALA yang mana senikatanya penuh dengan himpunan bait-bait bukannya untuk beliau dan juga penulis, tetapi lebih kepada melihat nun jauh ke hadapan dimana ketika itu, segala keputusan yang kita buat hari ini akan memberi impak besar kepada generasi hadapan, anak cucu kita.

Perpecahan, laga-melaga hanya akan mengundang sponsor pelaga, itu telah jelas kita lihat apa yang berlaku kini dibeberapa negara di dunia yang akhirnya negara tersebut hancur luluh dan kacau bila tanpa kesudahannya dan orang luar akan datang menyedut semua isinya, maka kita makan kuahnya hasil dari apa yang telah kita pejuangkan atasa nama kebebasan sejagat.

Kita tak dapat elakkan untuk hidup bersama pelbagai bangsa di dalam satu rumah, oleh yang demikian kita perlu berusaha untuk berbahagia dan hidup secara aman masing masing salin menghormati antara satu sama lin, keikhlasan itu penting.

Semua orang perlu kebebasan namun kebebasan tanpa peraturan dan batasan tidak akan menjamin kemanan negara, namun dalam menjamin keamanan dan ketenteraman negara kita perlu tahu yang mana boleh dan tidak boleh, tak boleh kita main langgar semuanya atas dasar kebebasan.

Kebebasan tanpa peraturan juga bakal menambah biakkan budaya-budaya sosial negatif luar yang tidak ingin kita lihat berkembang biak dengan sihatnya di dalam negara diatas nama kebebasan.

Kita hidup aman kerana kita amat menitikberatkan kesopanan dan kesusilaan yang kini semakin kita pandang sebelah mata, namun dalam memperjuangkan kebebasan kita menghalalkan budaya kurang ajar dikalangan generasi muda, keadaan ini hanya bakal melahirkan generasi  yang mementingkan diri, yang mengutamakan kebebasan tanpa batasan dan haluan.

Mungkin ramai yang tak bersetuju dengan apa yang penulis bayangkan, namun itulah yang bakal terjadi bila kita terlalu memanjakan kebebasan tanpa hakiki, namun tak kita sedari kini, kerana impaknya hanya bakal dirasakan oleh generasi anak cucu kita, sewaktu kita telah tiada lagi dimuka bumi.

kesimpulannya

Selagi kita hidup diatas muka bumi ini, peraturan tetap perlu ada, Al Quran yang diturunkan juga mempunyai undang undang untuk umatnya, semuanya untuk apa...kerana Allah tahu manusia perlu ada peraturan dalam hidupnya diatas muka bumi ini.

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

Comments (20)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
dah agak reban ayam..tapi klu binatang lain nak singgah ok gak hee...semalam tdo pastu kasi cas sama dia heee
lagu ND Lala mmg sedap. ada erti d sebaliknya..

cuma jgn robihkan ikatan sesama kaum klu roboh punahlah ank cucu pada amsa2 hadapn...
mula - mula tgk gmbr tu ingat mmg rumah yg ada org tinggal, bila dah baca entri baru tahu reban ayam rupanya.
My recent post Musim Perayaan dan Harga Barang
1 reply · active 692 weeks ago
wah payah ni klu tak teliti betul2 heeee..
Ingat entri ni ada kaitan dgn rancangan bersamamu TV3 tu
My recent post Musim Perayaan dan Harga Barang
Aku setuju ngn pandangan penulis.

Kebebasan perlu ada batasnya. Setiap sesuatu ada batas peraturannya.

Perpaduan perlu dipupuk, tp ramai yg nampaknya suka memusnahkannya
My recent post Wordless Wednesday #4 Terbang tinggi-tinggi
1 reply · active 692 weeks ago
Diorang lupa sejarah negara kita. Kita dijajah dulupun sebab takde perpaduan, sibuk ngan kepentingan peribadi masing2, last2 lebih kurang 500 tahun jugak kena jajah.
My recent post Update Wordpress v.2.0 Untuk Android
bro hafiz
klu dh bgtu mmg kita hdup rasa cam tak seteguh dulu huu..
2 replies · active 692 weeks ago
generasi mudah dilahirkan hidup senang...namun mereka tak pernah rasa kesusahan sebenar, jadi mereka tak tahu membezakan kesusahan sebenar...andaikata mereka berada di bosnia ketika krisis sudah tentu mereka tidak akan bertindak tanpa berfikir....sudah tentu mereka akan bersyukur diatas keamanan yang dikecapi negara
Jangan lupa pada Palestine yang telah dijajah oleh Zionis lahanat.

Teman baru tahu yang tanah Gaza tu hanya kecil sedikit dari Klang yang dihuni seramai 1.8juta . Ini semua kerja Zionis dan sekutunya yang lahanat.
My recent post Akibat dari duit haram
rumah siapakah itu?
My recent post Kenangan PMR 1999
1 reply · active 692 weeks ago
apaajanews's avatar

apaajanews · 692 weeks ago

ada maksud yang tersurat dan tersirat dalam artikel ini
Benjy nengok macam cantik je rumah tu Brooo :p
My recent post AKU DITAWARKAN EMPAT KALI RAHSUAH DALAM TEMPOH TIGA BULAN
Kalaulah benjy tinggal kat rumah tu ... alangkan bahagianya kerana jadi raja ... semua ayam2 tundah kepada benjy B)
My recent post AKU DITAWARKAN EMPAT KALI RAHSUAH DALAM TEMPOH TIGA BULAN
Tak kira rumah tu hensem ke kacak macam titan ke janji kita happy xD
My recent post AKU DITAWARKAN EMPAT KALI RAHSUAH DALAM TEMPOH TIGA BULAN
Teman mula2 ingatkan ini rumah orang...huhu
My recent post Akibat dari duit haram
Apapun...teman harap jangan lah kita dijajah lagi. Kita beranggungjawab untuk mendidik generasi baru tentang erti perpaduan dan semangat patriotik.

Semoga negara kita merdeka selama2nya
My recent post Akibat dari duit haram
1 reply · active 692 weeks ago
apaajanews's avatar

apaajanews · 692 weeks ago

generasi muda tidak dipupuk semangat patriotik pada negara....tetapi banyak disuntik dengan semangat puak...pupukan semangat sebeginilah menjadikan mereka mudah dimanipulasi oleh golonagn yang berkepentingan peribadi dan juga anasir luar yang cuba mencari kesempatan.
kalau reban ayam ni tambah tingkap, memang ada org yg tinggal rumah mcm ni.
penuh dgn maksud tersirat lirik lagu tu.

My recent post Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13)
tak kira sapa pun mesti ada rumah..atau mudah paham tempat berlindung eeeee..klu dok sush nak bertdeuh dari panas..hujan kemarau kan..kan heeee

Post a new comment

Comments by

share

The last comments for

GOWIND CLASS MENJADI PILIHAN SGPV KEDUA MALAYSIA

jone

Okutandental is a dental clinic that provides various dental services including cosmetic dentistry, ...

February 06, 2023 12:04:55 Jump to

The last comments for

waze aplikasi navigasi android

noisecontrol

Acoustic Panels Solutions Perth...

July 17, 2021 09:05:55 Jump to

The last comments for

MRSS SHIP UNTUK TLDM PART3

Amazing Post! very interesting and useful post........October 12, 2019 01:49:12 Jump to

Great post. Happy to read this post.

June 11, 2019 13:48:06 Jump to

Glad to find this post. Happy to read this post.

December 13, 2018 06:34:54 Jump to