EC 725 TUDM KONFIGURASI SAR ATAU CSAR
EC725 Eurocopter dengan konfigurasi CSAR - perlunya konfigurasi CSAR dimasukkan kedalam iventori TUDM. Photo kredit to eurocopter
Jika dilihat pada gambar helikopter EC725 yang dipaparkan sempena LIMA11 terdahulu, konfigurasinya hanya dalam kategori 'SAR', agak terkilan sekiranya hanya konfigurasi 'SAR' dimasukkan kedalam iventori TUDM, memandangkan operasi TUDM lebih kepada KOMBAT, sepatutnya konfigurasi CSAR diuamakan.
Memandangkan kita telahpun mempunyai pasukan APMM yang khusus untuk membuat tugasan SAR, maka adalah lebih logik sekiranya konfigurasi CSAR dalam TUDM diberi prioriti,bak kata pepatah alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang alang dah dapat biarlah yang terbaik, supaya tak perlu lagi untuk memikirkan keperluan tambahan pada kemudian hari, kerana masih banyak aset lain yang telah lama tertangguh perlu dipertimbangkan semula.
Penulis bukan sahaja suka-suka untuk membuat spekulasi, mungkin pesawat yang dipaparkan adalah konfigurasi SAR dan kemungkinan sebahagian lagi dari 12 buah tersebut sememangnya ada konfigurasi CSAR, apa yang ingin ditekankan disini adalah keperluan konfigurasi CSAR ini disekalikan dalam perolehan EC725, itulah yang diharap-harapkan.
EC725 TUDM - gambar helikopter EC725 TUDM. Photo kredit to eurocopter
Jika dilihat pada gambar tiada tambahan, penderia RWR dan LWR pada helikopter ini, yang mana pesawat ini boleh dikategorikan sebagai pesawat 'SAR', manakala helikopter konfigurasi CSAR memiliki kedua dua penderia tersebut seperti gambar diatas. Kedua-dua pesawat ini adalah dari kerangka yang sama , cuma yang membezakannya adalah peralatan penderia elektronik yang dipasang padanya.
Konfigurasi CSAR yang sering diperkatakan bahawa ianya dapat memasuki dan keluar dari 'HOTZONE' dengan selamat, kerana sistem penderia RWR dan LWR yang dipasang padanya, membolehkan juruterbang mengesan kedudukan sistem pertahanan peluru berpandu musuh, yang mana membolehkan juruterbang mengelak dari melalui kawasan tersebut.
EC725 TUDM - penderia RWR dan LWR pada konfigurasi helikopter EC725 CSAR.
Kedudukan penderia tersebut sepertimana yang telah penulis bulatkan dalam gambar tersebut diatas.1. RWR (RADAR WARNING RECEIVER)
2. LWR ( LASER WARNING RECEIVER )
3. Chaff and Flare - Kelihatan seperti ada
teman bukannya apa yop, biar dapat yang terbaik sekali harung...jadi tak payah nak minta lagi kemudian hari, nak dapatpun bukan senang, eloklah lengkapkan sekali harung, jadi tak payah dok fikir lagi, boleh fikirkan bende lain pula yang belum dapat seperti pesawat AEW, Helikopter Tigre dan 'P8'.