Photobucket

BENGKEL MOKHDAR

posted in at 10:55 PTG

BENGKEL MOKHDAR

BENGKEL MOKHDAR - bengkel seminggu membina minda cemerlang dalam sains dan matematik

Agak sibuk sedikit dua tiga hari ini, menyiap dan mengurus keperluan anak-anak yang bakal prgi menghadiri bengkel MOKHDAR selama seminggu di rawang, dah siap semuanya kami bertolak satu keluarga dengan sepupu anak anak aku yang juga turut pergi bersama, senang sikit ramai-ramai pergi jadi ada kawan yang boleh tolong menolong.

BENGKEL MOKHDAR2
PENDAFTARAN - Ketibaan dipusat pendaftaran semoga mereka lebih berkeyakinan dan berketerampilan.

Bengkel MOKHDAR ini adalah diambil sempena nama pengasasnya iaitu Mokhtar Hj. Mansor, bengkel selama seminggu ini diharap dapat meningkatkan serta dapat mempermudahkan anak anak dalam teknik memudahkan pembelajaran mereka terutamanya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, pemulis sempat juga melihat demonstrasi semasa di dalam dewan serba sedikit asas yang ditunjukkan, semoga anak anak yang pergi dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi dan lebih cemerlang didalam pelajaran dan lebih berkeyakinan terhadap keupayaan diri sendiri.

TEKNIK MOKHDAR
KAEDAH MOKHDAR - teknik mokhdar dipertontonkan kepada ibu-bapa yang hadir semasa sesi pendaftaran, kalau baca macam tu je, memang anda tak akan faham, teman pun tak faham yop.

Jika dilihat pada gambar skrin layar diatas, beberapa contoh kaedah pembelajaran matematik teknik mokhdar ini adalah untuk mempermudahkan pengiraan dan secara tak langsung memudahkan minda untuk mengingati dengan gabungan angka dan huruf perkataan, itu sahaja yang penulis faham secara ringkasnya...selebihnya kena tunggu anak-anak balik dari bengkel, bapa dah tak masuk dah nak terima pelajaran, semoga anak- anak dapat mempraktikkannya demi masa hadapan mereka.

lima2013

About Author

apaajanews

Selamat datang ke blog ini, kehadiran anda amat saya hargai.penulis akan berusaha untuk ziarah kembali ke blog anda sambil meninggalkan komen.

share