NAIK KTM KOMUTER
KTM KOMUTER - mempermudahkan perjalanan disamping tambangnya yang murah - Photos:apaajanews/samsung mini galaxy
Hari sabtu yang lepas penulis terpaksa ke batu 3 shah alam, nak drive tempat tu tak expert, al maklumlah penulis kawasan Subang ni memang fail...kena pula kawasan tersebut kawasan industri, sampaipun tak pernah...last last member cakap nak ambik di stesen ktm komuter batu 3.
Naik LRT pernah lah ...naik KTM Komuter ke Batu 3, akhirnya bila teringatkan sepanjang pengalaman penulis menaiki LRT, penulis pernah melihat ktm komuter semasa berhenti di stesen bandaraya. ermm rasanya kat situ ada stesen komuter kot.
STESEN KTM KOMUTER - Bank Negara, naik melalui stesen ini dapat mengelakkan dari kesesakan, ianya berhampiran stesen LRT Bandaraya (dekat SOGO KL) - Photos:apaajanews/samsung mini galaxy
Setelah sampai distesen bandaraya, sememangnya ada singanboard untuk ke stesen KTM Komuter Bank Negara, berjalan melalui jejantas untuk sampai kesana, dah sampai ambik tiket, lalu tunggu di bawah, duduk sebelah seorang makcik...setelah duduk makcik tupun menyapa penulis
...'errr betul ke kalau nak ke klang tunggu sebelah sini'. jawab penulis, errmm sayapun tak pasti, ini kali pertama saya naik komuter ktm, tapi menurut operator komuter tadi dia pesan pada saya kalau nak ke batu3 naik komuter 'port klang'.
'betul lah ni kot, jawab makcik tu' tak berapa lama kemudia tren sampai, aku bertanya makcik tu, ' yang ni boleh naik kot'.
eh...yang ni tak boleh, ini tren Sg.Gadut , tren ni pergi seremban, jawab makcik tu.
terkedu aku...
'kalau nak ke batu 3 naik tren yang tulis Pel Klang'
'oh..macam tu'
taklama kemudian tren yang betul pun sampai..dan kamipun naik.
puas aku membelek sekitar dalam tren...dan akhirnya aku nampak rajah legend perjalanan tren, lama juga aku mentelaah untuk memahami arah tuju perjalanan tren ini.
Kesimpulannya, memang bagus ada perkhidmatan tren komuter ini, jauh dari traffic jam, perjalanan pun tak lah lama sangat...teringat masa kecik kecik dulu naik keretapi.
Bagi orang kota, yang anak-anak tak pernah merasai naik keretapi, bolehlah bawa anak-anak naik KTM Komuter untuk merasai lenggang lenggok keretapi. Buat short journey je, naik dari stesen KTM Komuter Bank Negara ke Subang Jaya, stesennya berdekatan dengan subang parade, jalan kaki sikit je dah sampai.
Pada hemat penulis naik dari stesen Bank Negara lebih aman, jika dibandingkan naik dari KL Sentral, tambangpun murah, dan yang penting sekali tak ada traffic jam. Bagus juga merancang perjalanan bercuti sempenan cuti sekolah ini dengan menaiki tren ktm komuter....amacam.