TESTIMONIAL DAUN MISAI KUCING - (Orthosiphon Stamineus)
Pokok ini biasanya boleh didapati di asia tenggara seperti Malaysia, Indonesia,Thailand dan juga Australia., antara nama lainnya ialah Kumis Kucing , Remujung, (Indonesia ).Yaa Nuat Maeo (Thailand ) dan Java Tea ,Kidney Tea ( Eropah ).
Nama saintiknya pula adalah seperti berikut : Orthosiphon Stamineus Benth, Ocimum Aristatum BI., Orthosiphon Aristatus (Blume) di dalam keluarga Lamiaceae, Labiatae.
Seminggu berhari raya di kampung sempat singgah dan bermalam di rumah kakak penulis, pada waktu pagi penulis sempat melawat ke belakang rumah beliau dan penulis dapati berbaris-baris pokok yang ditanam di dalam pasu kecil hidup subur menghijau.
Salah satu daripada pokok renek tersebut berbunga putih dan jika dilihat tak ubah seperti misai kucing...ermm dalam hati penulis berdetik ...inilah kot pokok misai kucing yng dperkatakan boleh menjadi ubat kepada penyakit darah tinggi. Lalu penulis bertanyakan pada kakak penulis...memang sah inilah pokoknya.
Penulis sempat megambil gambar tumbuhan renek tersebut untuk dipertontonkan kepada pelawat blog yang masih belum tahu rupabentuk tumbuhan tersebut.
Antara cara untuk digunakan untuk dijadikan ubat ialah seperti berikut : ambil segengam daun pokok tersebut dan jemur sehingga kering, setelah kering rebus dengan air ( 3 cawan ) sehingga ianya tinggal berbaki 1cawan, maka minumlah air tersebut sedikit demi sedikit.
bunga misai kucing |
'' Hari ini, setelah lebih dari 200 tahun kemudiannya, ianya telah ditanam secara meluas dan digunakan oleh pakar-pakar herba di Holland, Jerman, Perancis dan England. Kemasyhuran Misai Kucing ini adalah kerana kesan diuretiknya (peluruh bendalir) yang selamat tanpa menjejaskan ginjal (buah pinggang). Tidak seperti kebanyakan ubatan-ubatan diuretik moden (diuretic drugs) yang memberi kesan sampingan kepada ginjal, ia mengandungi potassium yang mencukupi untuk menggantikan yang hilang dari tubuh semasa proses diuretik. Dalam perubatan tradisional tempatan,
Misai Kucing digunakan untuk merawat radang sendi (arthritis), gout dan sengal-sengal atau lenguh (rheumatism), kerana ia dapat menyingkirkan asid urik dan toksik metabolik yang berlebihan pada sendi dan otot. Bila asid-asid ini terkumpul secara berlebihan pada tisu-tisu, ditambah pula dengan sistem pengedaran yang lemah, itulah yang menyebabkan kesakitan dan radang pada sendi dan otot. Maka, herba Misai Kucing diadunkan bersama Pegaga bagi melancarkan edaran darah, dan dengan Kunyit dan Halia pula untuk melawan radang. Dukun-dukun dan sinseh juga biasa menggunakan herba Misai Kucing dalam adunan-adunan mereka bagi merawat kencing manis (diabetes) dan darah tinggi.'' - petikan dari langkawiku.com
Akhir sekali kepada sesiapa yang pernah menggunakan kaedah ini, adalah menjadi harapan penulis untuk mendapatkan testimonial supaya dapat dikongsi bersama oleh lain-lain pembaca sekalian terutamanya kepada mereka yanng telah mendapat manfaat daripadanya...sokongan testimonial anda semua amat membantu lain-lain pembaca untuk berkongsi maklumat tentang khasit pokok misai kucing ini. Sila tinggalkan komen testimonial anda pada ruangan komen...penulis amat menghargainya.
Jika anda rasakannya memberi manfaat - please give it a stumble so others can enjoy it too.
apaajanews | pokok misai kucing | testimonial misai kucing | khasiat misai kucing | tekanan darah tinggi | diuretic drugs | Orthosiphon Stamineus |