SHOUT ATAU KOMEN MANA LEBIH KEKAL?
Shout pada shoutmix atau cbox, juga satu penyakit...dimana pelawat selalunya rajin datang singgah dan shout, tanpa memberi ulasan pada komen...dan membaca entry blogger tersebut yang dilawati.
Namun penulis bukan untuk menyakitkan hati sesiapa...cuma ingin memperbetulkan apa yang sebaiknya dilakukan apabila kita melawat sesuatu blog, terlalu banyak idea yang menggalakkan shout...menyebabkan ianya dilakukan dengan membabi buta. Sememangnya anda boleh mendapat traffic dengan shout di blog yang anda lawati....semua orang percaya 100% mereka akan mendapat traffic jika shout di blog yang dilawati.
Sememangnya boleh mendapat trafic, cuma konsep berblogging tu dah agak lari...sebabnya anda shout dan mengharapkan jejak anda itu akan di klik oleh orang lain tak payah baca apa-apapun...tapi apa yang anda harapkan apabila orang datang ke blog anda pula...baca dan beri komen atau buat seperti anda juga shout dan 'belah' ?
Penulis kurang gemar dengan idea ini...memang ada betulnya...sekiranya ada orang lain yang terasa nak lawati setelah terbaca shout blogger di situ...persoalannya berapa ramai dan selama manakah ianya akan terpapar di shout tersebut...pernah anda fikir? Ianya bersifat sementara sahaja.
Penulis ingin membuka minda blogger sekalian...adalah lebih baik memberi komen...lebih-lebih lagi sekiranya memberi komen pada blog yang 'do follow' mengapa? kerana ianya akan meninggalkan 'URL' blog anda disitu dengan kekal, dan anda akan mendapat backlink.
KEKAL ...link yang kekal itu yang sepatutnya kita kejar, memberi komen juga janganlah seperti yang anda lakukan di shout...contohnya 'hi salam' , blogwalking', jemput datang ke blog saye'..
Komen pada entry ...sebaik-baiknya biarlah ada kena- mengena dengan kandungan entry ketika itu, ambil sedikit masa...untuk membaca dan berfikir. Berikan komen yang positif, supportif dan tidak menyakitkan hati sesiapa.....rasanya kalau ini dipatuhi ..tak ada sesiapapun akan 'reject' komen anda.
Sekiranya blog tersebut mempunyai gadget' TOP COMMENTATOR' itu adalah BONUS untuk memberi komen di blog tersebut, dengan memberi 2 komen sudah pasti anda akan terlekat disitu.
KEJARlah yang kekal dan tidak salah memberi shout......namun lebih baik memberi komen ianya akan KEKAL....jadi fikir-fikirkanlah.
Blogging sebenarnya adalah salah satu bentuk media penulisan dan tujuan menulis blog adalah untuk dibaca...bukan sekadar untuk 'touch n go'. Kadang-kadang kita lupa apa itu tujuan blogging.
Kenapa, mengapa...tepuk dada tanya selera..
Penulis lebih gemar untuk memberi komen lebih-lebih lagi pada blog 'do follow'.
Kesimpulannya - utamakan memberi komen, kerana anda akan dapat backlink....keduanya baru shout.
shoutmix | Bloggroll | backlink | top10 google | do follow blog | top commentator | apaajanews