hari minggu yang lepas penulis berkesempatan singgah di TBS terminal bas ekspress ke selatan yang telah mula beroperasi, ternyata stesen terminal serba moden ini sememangnya lebih selesa dan BERSIH, dengan ruangan yang lebih selesa moden dan kebersihannya persekitarannya amat-amat di alau-alaukan, setelah sebegitu lama kita disajikan dengan stesen bas ekspress yang agak tua dimamah usia dan kebersihan yang tidak terjaga dengan rapi ditambah dengan bau asap eksoz kenderaan bas ekspress ternyata mengundang rasa yang tidak selesa dan bagi penulis keadaan seperti ini, amat memalukan negara dimana sistem bas ekspress yang menjadi nadi perhubungan ke seluruh negara begitu kotor dan jijik, tapi kni tidak lagi, kalau pelancong datang pun kita sebagai rakyat tidaklah terasa malu.
Kesempatan melawat di TBS ini penulis sempat mengambil beberapa photo, yang mungkin dapat dipertontonkan kepada warga yang masih belum ke sana, semoga photo-photo ini dapat memeberikan anda sedikit panduan dan gambaran terkini.
nak ke parking lot TBS sila guna lane sebelah kiri
lobi pelepasan penumpang
kaunter tiket bas
lobi pelepasan,tak ada tiket bas tak boleh masuk, jadi boleh hantar setakat ini sahaja
kawasan penyimpanan bagasi
panduan menyimpan bagasi
balai polis
LEVEL 4 untuk anda menjamu selera
nak makan di medan selera, kena beli prepay kad dahulu, ini kaunternya
ini kadnya
ruang medan selera yang bersih dan selesa
kemudahan ATM
ruangan untuk merokok
kemudahan WIFI
Read more
Sekadar mahu mengingatkan kepada mereka yang suka mandi manda di kawsan air terjun terutamanya kawasan tersebut di kawasan yang sememangnya dikawasan kategori hutan dan berbukit tinggi, bukannya apa teringat kisah lemas di air terjun beberapa bulan dahulu.
hiasan semata-mata
Penulis sewaktu kecil memang selalu bermandi manda di air terjun al maklumlah tak berjauhan dengan rumah, jadi keraplah kesana bersama kawan-kawan bermandi manda disitu...yang lebih menarik di kawasan air terjun tempat penulis tinggal sewaktu kecil dahulu ini mempunyai air terjun 7 tingkat semulajadi setiap tingkat tu ada kolamnya dan yang paling best sekali ialah tingkat ketiga iaitu kita boleh menggelongsor dari atas ke bawah macam kat sunway lagoon pulak. he he....tapi di tempat ini semuanya semulajadi bukannya dibuat oleh manusia. Itulah yang paling best. bila balik mesti seluar berlubang akibat terlalu lama main gelongsor air terjun
, al maklumlah bila bergesel dengan batu mana tak berlubang seluar, itulah pengalaman penulis ketika kecil,
macam nilah rasanya menggelongsor di air terjun
bermandi-manda ini sungai dan air terjun ini jugalah menjadikan penulis tahu berenang dan menyelam walaupun beberapa kali menyelam tak timbul-timbul (lemas) nasib baik ada orang tolong selamatkan.
Apapun apabila mandi dikawasan air terjun dimana kawasannya adalah berhutan, apabila langit mendung dan hujan mula turun....pastikan anda tidak lagi berada di dalam sungai...cepat-cepatlah naik ke daratan, kerana apabila hujan turun dikawasan berbukit...walaupun nampak tak lebat, air dari atas bukit akan turun dengan banyak bersama arus deras secara tiba-tiba tanpa kita jangkakan...kerana itu merupakan sifat semulajadinya.
Pergilah ke mana-mana sekalipun kawasan berbukit dan adanya sungai, hal yang sama akan berlaku sekiranya hujan turun...jadi pastikan anda mematuhi PANDUAN ini.
Bukan sekadar cerita kosong...ini adalah kenyataan...sebab penulis sejak dari kecil bermandi manda dikawasan hutan air terjun dan telah arif sangat dengan SITUASI sebegini.
Semoga ibu bapa dapat sedikit pandun tentang perkara ini.
Namun dengar khabarnya tempat penulis selalu bermandi manda ketika kecil dahulu, telahpun ditutup kepada orang-ramai atas sebab-sebab keselamatan. Sewaktu kecil dahulu memang orang tua-tua pernah berkata tempat yang penulis kunjungi tu KERAS.
Read more