intai KLCC, diambil oleh penulis ketika singgah sebentar melawat pameran motogp. photos by : apaajanews, using samsung galaxy mini
Gambar yang penulis rakamkan minggu lepas, blog ni kalau tak diletak gambar di atas sekali alamat backgroundnya kosong jadinye...
Penat menulis entry...rasanya minggu ni nak ubah template baru, terjumpa template ni nampak mengancam...tapi rupanya masih ada yang nak kena edit codingnya dan pelbagai setting lain yang perlu diubah sana dan sini.
Sekiranya anda datang ...mungkin masih dalam editing blog baru apaajanews...tetapi kalau tak dapat nak solve juga nak kena cari template lainlah agaknya.
penat, penat...tapi masih belum give up lagi ni...he he
Penulis memang berhasrat untuk convert ke wordpress theme, namun susah juga ye...banyak yang perlu di telaah maklumlah tak familiar dengan theme wordpress, banyak lagi yang perlu dipelajari ....buka je dashboard wordpress ibarat tikus tengok besi...mungkin lambat lagi kot.
28 Okt 2011, sebelah petang tadi awan begitu terang benderang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda hujan akan turun, minyak petrol pun dah kering kena cari stesen minyak ni, nasib baik ada stesen minyak Esso berhampiran. Setelah selesai mengisi minyak, secara tiba-tiba awan menjadi mendung dalam beberapa saat sahaja cuaca terang bercahaya...bertukar menjadi gelap dan hujan turun dengan lebat secara tiba-tiba.
Diantara pertukaran keadaan cuaca tersebut dalam beberapa detik penulis sempat mengambil gambar kejadian pembentukan 2 pelangi....ermmm nasib baik sempat ambil gambar dengan mengunakan handphone apelagi kalau tak bukannya SAMSUNG GALAXY MINI.
Bukan senang nak dapat ambil gambar sebegini, 2 pelangi tu...enjoy photoshoot segera ini. Errr kat mana tempat ni ...ermm cuba teka dimana?
hujan semakin lebat
last photoshoot - dah kebasahan ni
apaajanews | gambar 2 pelangi | hujan lebat | double rainbows images | beautiful rainbows | musim hujan dan banjir |
NAJWA LATIFF, popular dengan lagu cinta muka buku, Photos credit to: NAR record studio
Dah lama rasanya tak menulis entry berkaitan muzik dan drama/sinetron mahupun artis, hari ini penulis ingin mengomen tentang lagu Cinta Muka Buku,
Penulis agak kurang menggemari lagu-lagu trend baru yang mula menempa di hati para peminat lagu generasi muda kini yang bercorak alternatif, seperti Yuna dan Ana Raffali tetapi lagu lagu mereka selalunya tidak ada tarikan, telinga penulis selalu reject.
imej dari clip video - lagu muka buku dari youtube
Rasanya terlalu banyak lagi tangkap muat, seolah - olah just nak cukupkan kuota album jadi lagu lagu tersebut kebanyakannya bagi penulis tak ada valuenya, bila telinga dah reject, sudah tentulah lagu tersebut tak ada valuenya, seperti lagu syok sendiri.
But bila kali pertama mendengar lagu muka buku ni, alunan muziknya, telinga penulis tidak reject lagi, maka bagi penulis lagu muka buku adalah yang paling berjaya menembusi, ruanglingkupnya dan penulis pasti lagu santai ini mempunyai nilai kormersial yang tinggi bukan setakat dalam negara malah juga untuk pasaran LUAR NEGARA.
Najwa Latif patut membuat promosi lagu muka buku ini kepada para pendengar luar negara, penulis pasti lagu ini mampu untuk meraih sambutan hangat dari para pendengar dan peminat lagu luar negara.
Harapan kepada Najwa, semoga dapat terus mencipta lagu-lagu yang dapat menembusi ruanglingkup, pendengar. Jadikan lagu muka buku ini sebagai 'key' panduan untuk terus mencipta lagu-lagu lain seterusnya.
lagu ini boleh pergi jauh, sebabnya telinga aku tak reject lagu ini.
Tajuk Lirik Lagu: Cinta Muka Buku
Artis/penyanyi: Najwa Latif
Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. benarkah rasa itu..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku
KISAH INI ADALAH KISAH BENAR....beberapa bulan yang lalu penulis kerap ke puchong, kerana ada urusan kerja di sana, agak lama juga disana selama 3 bulan sebelum semua kerja selesai.
so...pada waktu tengahari selalu makan dan minum di sebuah restoran berdekatan dengan GIANT, memang disitulah selalunya penulis lepak makan tengahari berseorangan diri. Suatu hari tu ada seorang pelanggan yang duduk bersebelahan meja penulis tengah minum, penulis memang terperasankan beliau, tapi biasalahkan kita tak kenal so buat tak tahu sajelah.
Tapi akhirnya , penulis terperasan rasa macam orang dok perhatikan penulis, sememangnya orang asing tersebut, tapi penulis tak kisah....so teruskan minum sambil baca paper. Setelah agak lama minum....TIBA...TIBA
Orang yang tak dikenali tadi, merapati meja dimana penulis sedang makan dan dia menegur , sambil penulis membalas tegurannya. Setelah agak lama penulis bersembang-sembang dengannya. dia mengatakan untuk memberi sesuatu kepada penulis...penulis agak terkejut..dalam hati berkata ' ai..simamatni nak kenakan aku ke?
kemudian penulispun menjawab...err kalau nak beri sesuatu ...boleh tapi kalau nak beri sesuatu tapi u mintak duit saya, itu tak boleh sebab saya tak ada wang.
Dia menjawab, tak apa saya nak beri dengan ikhlas, lalu dikeluarkan batu cincin dan diberikan pada penulis dan memesan dengan penulis agar membuat bingkai cincin dari perak dan pakai cincin tersebut, begitulah kata-katanya.
Diapun terus berlalu....selepas beberapa detik penulis bangun dan mencarinya tapi dia sudah menghilang entah ke mana.
Jadinya ...ade sesiapa yang arif tentang batu cincin...boleh beri pendapat, sekian wasallam
Gelak BESAU aku bila melihat...si ibu pulak kena bayar tutti frutti....part2, semuanya gara-gara 3 orang anak yang aku belanje makan tutti frutti,,,tapi anak yang sorang lagi tak ikut sama sebab dia ke rumah kawannya..sambut besday.
ALIN - minggu lepas ko orang tak bagi tau aku eeEkk!
sebelum balik aku pesan pada anak anak ...ha jangan beritahu alin, ayah belanje tutti frutti nanti dia merajok pulak...jawab mereka...ok. Bila balik kerumah pada sebelah petangnya....entah macam mana tembelang pecah.
OOOOHHH...makan tutti frutti ye...tak bagi tahu kite, kata Alin...AKU DAN GENG-GENG YANG MAKAN TUTTI FRUTTI TERKEDU...
hah, macam mana dia tahu...rupa-rupanya alin sempat belek handphone kakaknya si DEDEK yang ada mengambil photo semasa makan tutti frutti. Nak dijadikan cerita minggu lepas penulis bawa anak anak singgah ke IOI Mall, naik je ascelator terus terpampang TUTTI FRUTTI ...alamak ade juga kat sini, si alin apa lagi...terus demand...kite nak juga sebab minggu lepas tak dapat...
ibu pulak kene belanje...
Akhirnya si ibu belanjelah pulak....gelak BESAU aku bila melihat siibu melihat total resit 4 orang anak punya tutti frutti...aku masih tergelak sambil menulis artikel ini..kesian siibu...tak apelah anak-anak nak makankan...total harga...ermm tuan dan puan pergilah belanje anak anak pulak kat situ.
Kesian pula pada siibu...bile dah beso nanti...anak-anak semua baca kisah ini, ingat-ingatkanlah ibu tu same ye, jadi anak-anak yang soleh dan solehah.
Nak ingatkan kalau nak jimat ...errr siibu atau bapa yang tekan yogurt tu...he he, kalau mereka yang tekan...siaple duit nak membayornye.
Tablet kini semakin digemari ramai penggunaannya, samada keluaran apple(ipad), samsung (tab) dan kini semakin banyak produk produk dari pelbagai jenama mula diperkenalkan seperti LG, Motorola, HTC dan pelbagai lagi .
ubislate7 - photo credit to : Gurinder Osan
Kini negara India mula mengeluarkan produk tablet pc yang dipanggil AAKASH, yang bermaksud 'SKY' dalam bahasa Inggerisnya. Tablet yang dikatakan termurah di dunia ini telah dilancarkan pada 05 Oktober 2011 yang lalu.
Seramai 500 pelajar dari bidang kejuruteraan hadir semasa hari pelancarannya dimana mereka ini akan menggunakann dan memberi 'feedback' dalam tempoh 45 hari, tablet ini juga terkenal dengan panggilan "$35 laptop", berdasarkan target harga jualannya tidak melebihi $ 35.00
Pengeluaran pertama ini bakal digunakan pada agensi kerajaan dan pelajar di seluruh India. Produk ini akan dikeluarkan secara kormersial dengan nama UbiSlate7.
SPESISFIKASI :
Developer DataWind
Manufacturer DataWind
Type Tablet computer
Release date 2011 (2011)
Operating system Android 2.2
Power 2100 mAh Li-Po battery, 2-3hr life
CPU 366 MHz processor
Storage capacity Flash memory
2 GB-32 GB microSD slot Memory 256 MB DDR2 RAM
Display 800 × 480 px
7 in (18 cm) diagonal
Input Multi-touch resistive touchscreen, headset controls Camera None
Connectivity GPRS and Wi-Fi (802.11 a/b/g/n)
Online services 1 year warranty
Dimensions 190.5 mm (7.50 in) (h)
118.5 mm (4.67 in) (w)
15.7 mm (0.62 in) (d)
Weight 350 g (12 oz)
Jika dilihat dari video fungsinya tidak banyak berbeza dengan lain-lain jenama tablet uang sedia ada seperti samsung tab dan sebagainya,di samping harganya yang jauh lebih murah dari lain lain jenama tablet terkenal.
Bagi yang meminati game-game android, jangan bimbang tablet ini dikatakan berkemampuan untuk bermain game android.
Namun kekurangannya ialah tidak mempunyai kamera dan ram hanya 256mb, jika dibandingkan dengan samsung tab yang mempunyai ram 592MB. Alangkah bagusnya sekiranya ram bagi tablet ini boleh diupgradekan dan ditambah aksesori kamera bagi produk kormersialnya nanti. Tablet ubislate7 ini rasanya sudah masuk pasaran di Malaysia, secara tak langsung penulis pernah melihat dan akan membuat susulan lanjut tentang jualannya di Malaysia sedikit masa lagi, bagi memastikan kewujudannya di pasaran dalam negara.
DRIFTING - adalah salah satu sukan permotoran, ianya telah lama bermula cuma pada waktu tu cuma kaki kaki drift je yang tahu, tapi dengan bermulanya tayangan filem berkonsepkan 'drifting' 'fast n furious'.
Sukan ini mula menempa nama dikalangan kaki kaki bukan drifter, mereka mula berminat dan hari ini drifting sudah mula menarik minat ramai penonton, kebiasaannya kereta sport yang berkuasa tinggi digunakan untuk drifting....
Apakata hari ini kita menonton pesawat pejuang pula buat drift, pesawat pejuang FA-18 Hornet ini mendarat namun mungkin kerosakan pada tayar menyebabkan ianya drift, namun tiada sebarang kecederaan berlaku semuanya OK.
21 OCT 2011, bagi yang tidak berkesempatan untuk menonton motor gp di sepang, bolehlah melihat pameran motor gp di KLCC Kuala Lumpur sehingga ahri Ahad nanti. Tak lah banyak sangat di pameran tersebut tetapi bagi yang nak melihat motor gp dari dekat bolehlah ke sana ...hari ahad adalah hari terakhir, terdapat juga booth menjual cenderahati t-shirt dan cap, serta jualan diskaun produk minyak pelincir petronas..ermmm bagi yang nak tukar minyak enjin tu eloklah ke sana, boleh beli dengan harga murah.
Penulis berkesempatan melihat dan berlegar-legar sekejap di sana, ermm layan photo-photo yang sempat di ambil. Demonstrasi motocross juga ada dipertunjukkan, rasanya sebelah petang.
promoter cun dan sporting
team petronas yamaha
tengok meternye
stage demontrasi motocross
yamaha
cub cai motor pun ada
SEPANG MOTO GP UPDATES 23 OCT 11 - BREAKING NEWS
SEPANG: Penunggang Honda, Marco Simoncelli dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain pada perlumbaan kategori MotoGP di Litar Sepang
NIGERIA - salah satu permandangan cantik di Nigeria, namun ibarat pepatah melayu dek keranan nila setitik, habis rosak susu sebelanga, namun yang merosakkan susu nampaknya lebih dari setitik nila.
Lelaki warga Nigeria yang memperdaya mangsa terutama golongan wanita di Malaysia dikesan menjalani latihan kemahiran menipu di beberapa sekolah khas yang diwujudkan di beberapa kawasan terpencil di negara mereka sebelum dihantar ke negara sasaran. Siasatan polis di peringkat antarabangsa mendapati ada lebih 10 sekolah melatih penipu diwujudkan di negara itu sejak awal 1990-an bagi memastikan kebolehan menipu mereka mampu diwarisi mengikut peredaran zaman dan sukar ditumpaskan. metro online
belajar untuk jadi penipu antarabangsa
Begitulah petikan dari harian metro hari ini, memang telah diketahui umum ramai golongan wanita di Malaysia telah tertipu oleh sesetengah golongan warga Nigeria yang bertandang ke negara kita, kebanyakannya atas lesen penuntut kolej.
Perkara ini sudah menjadi virus berbahaya pada masyarakat kita, phak kolej sepatutnya membuat saringan ketat diatas kemasukan mereka, bagi memastikan hanya yang benar benar datang untuk belajar diberikan tempat bukannya datang dengan hasrat 'ada udang disebalik batu' atau 'sambil menyelam minum air'.
Kepada golongan pelajar pula, mereka perlu berhati-hati dalam menjalinkan persahabatan dengan golongan ini. jangan mudah terpedaya dengan kata kaa manis dan limpahan wang ringgit...sebagai umpan yang menggelapkan akal anda sekalian. Sedih bila melihat kaum wanita terutamanya melayu bercouple dengan golongan seperti ini.
Ibu bapa seharusnya memperingakan anak-anak perempuan yang bakal menjejaki kaki ke kolej IPT tentang perkara ini, supaya mereka sentiasa beringat dan tidak termasuk perangkap black money, cinta palsu dan janji janji manis golongan ini.
Masalah ini juga telah menjadi masalah sedunia, bukan hanya di negara kita malah negara luar juga permasalahan ini telah menular seperti virus kepada masyarakat, antaranya lihat link dibawah ini
Hairan bila melihat golongan ini tinggal di kawasan apartment atau condo, kerjanya tak nampak tapi mundar mandir ke sana sini, tapi yang pasti jelas dilihat selang beberapa bulan ada awang hitam lain pula yang menghuni di apartment tersebut, agaknya grup pertama pindah ke luar negara (visa dah abis) golongan kedua ini pula masuk pindah ke sini, rumah tak payah cari sebab dah ada cuma tukar-tukar negara je sebab pot dah adekan.
Disebabkan nila setitik, warga nigeria yang baikpun dah terjejas. Wanita Malaysia( terutamanya yang baru nak menjejak kaki ke kolej tu) perlu tonton video ini sebagai panduan jangan terperangkap menjadi keldai dadah di luar negara.
RM 5.30 per 100gram yogurt tutti frutti...yogurt pelbagai rasa yang boleh ditambah aksesori lain seperti buah-buahan gula-gula dan pelbagai lagi semuanya boleh diisi dengan sepenuh-penuhnya cup yogurt yang anda ambil...memang sedap memilih sambil menekan tombol yang mengeluarkan yogurt tersebut
puas hati aku ...dapat makan tutti frutti
setelah sepuas hati menekan dan menambah pelbagai perisa dan buah buahan tibalah masanya untuk membayar...er,,timbang dulu ye...maka letakkannya pada timbang sekarang 'kita lihat siapa yang kena' tag line ibrahim pendek...pinjam kejap. yang bayo le ...terkena he he he.
ha...mak kau 1 cup pilihan anak pompuan ni harganya RM15.00 lebih...kakaknya RM 11.00 dan yang anak si jantan ni pulak RM 13.45. Jumlah keseluruhannya mencecah RM 39 lebih.
Adusss.....nak pitam rasanya. Rasanya itulah yang pertama dan terakhir kot singgah disitu...bukannya kedekut tetapi tak bolehlah selalu...aku ni bukannya orang kaye raye, kalu gaji beriban-riban 4k keatas setiap bulan bolehlah pergi kat situ selalu.
nanti kalau lalu lagi kat sini nak datang makan lagi lah...
Akhir kata kenelah berjimat cermat di zaman era globilasi ni....yang dah mereka makan tu takpelah ...dia orang nak merasa tapi tak bolehlah selalu kataku pada mereka. semoga mereka faham hendaknye.
Penulis rasa couple sesuailah pergi ke sana sambil lepak sembang sambil makan yogurt, tempatpun selesa. LAGIPUN COUPLE TENGAH BERCINTA NI SETAKAT BELANJE YOGURT mahal-mahal ni tak de hal rasenye.
Sedap memanglah sedap yogurt tutti frutti ni...cuma kene periksa poket terlebih dahulu le sebelum order..tu je
takut tak cukup pulak nanti....MALU BESAU.
Tapi kalau ada rezeki lebih memang seronok belanje anak-anak makan, bukannya ape seronok tengok dia orang dok memilih dan makan tutti frutti yogurt ni.
Walau apapun sekiranya anda datang buat kali pertama staf-staf tutti frutti akan terlebih dahulu memberi panduan ringkas tentang harga dan bagaimana nak membuat pilihan...tepuk dada tanya selera...selamat mencuba.
Mungkin tak ramai yang tahu tentang jenis jenis pesawat pejuang,terutamanya dari segi rupabentuknya khususnya yang telah dicadangkan bagi menggantikan pesawat pejuang MiG29N. Antaranya adalah EF2000, FA-18E/F Super Hornet, RAFALE , JAS-39 Gripen dan SU35.
Tetapi hari ini penulis ingin fokus kepada gambar-gambar jet pejuang RAFALE, buatan Peranchis yang juga tersenarai dalam kelompok kategori bakal pesawat pejuang baru MRCA TUDM.
Namun keputusan muktamad masih belum diputuskan, menurut menteri pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beliau menegaskan tiada tempoh masa yang ditetapkan dalam proses penggantian pesawat pejuang MiG29N,TUDM masih dalam proses pengkajian secara terperinci terutamanya dari segi kos.
Mungkin juga TUDM sedang memerhati dengan penuh terperinci, apa yang bakal dipilih oleh Tentera Udara India yang telahpun menyenarai pendek pesawat pejuang yang bakal mereka pilih diantara:
EF2000 TYPHOON atau
RAFALE
dimana, India bakal membuat keputusan muktamadnya sebelum penghujung tahun ini, dimana pembidaan kedua-dua pesawat ini telah menjadi perhatian hangat diseluruh dunia militari.
Negara Swiss dan UAE juga sedang menyenarai pendek pesawat RAFALE sebagai salah sebuah pesawat pejuang yang bakal mereka beli, dimana keputusan muktamad masih belum diputuskan. Dasault Aviation nampaknya berkerja keras untuk mencari pasaran luar negara bagi pesawat pejuang keluaran mereka ini, dimana pesawat pejuang ini masih belum berjaya dipasarkan di luar negara. Berbeza waktu dahulu dimana mereka berjaya menjual pesawat pejuang jenis Mirage dan Super Etandard ke luar negara. Peperangan Falkland secara tak langsung telah menaikkan reputasi pesawat pejuang Super Etandard bersama peluru berpandu Exocet.
Beberapa artikel penulis yang lepas telah ada artikel berkaitan lain-lain pesawat pejuang, tetapi hari ini penulis akan memaparkan beberapa photo RAFALE yang mana bagi penulis pesawat pejuang ini merupakan pesawat pejuang paling seksi dari segi rupabentuknya dan merupakan antara pesawat pejuang tercanggih.
Rafale photo credit to: Paul Marais-Hayer
Rafale - photo credit to: Gregoire Dellate
Rafale photo credit to: Paul Marais-Hayer
Kesemua pesawat ini rasanya bakal membuat demonstrasi pada LIMA 2011, semoga penulis berpeluang untuk berkunjung di sana nanti.
kereta kebal paling ringan, antara produk penyamaran peralatan miliari - dummy
Kereta kebal kategori MBT sememangnya berat, ringan-ringan PT91M pun 48 tan beratnya, tetapi ada kereta kebal mbt yang ringan sehinggakan boleh diangkat oleh 4 orang tentera sahaja, kenape tak percaye...ha tengok gambar diatas sebagai bukti.
Sebenarnye ini adalah antara produk dekoy militari, untuk mengelabukan pemerhatian musuh dari ruang udara, sekiranya pesawat-pesawat udara musuh menembak dekoy dekoy ini, mereka sebenarnya merugikan peluru dan senjata mereka dengan menmbak atau mengebom dekoy dekoy yang diperbuat daripada belon yang jauh berkali ganda murah daripada peluru atay misail yang mereka gunakan.
Penggunaan dekoy ini juga adalah sebagai stratergi dan muslihat untuk mengelirukan musuh. Salah satu syarikat dari Rusia 'RUSBAL' sememangnya mengeluarkan produk belon dekoy seperti ini, mereka mengatakan produk dekoy keluaran mereka mampu untuk menipu peralatan thermal dan infra-red imaging
pelancar scud pun ada
Pesawat F-16 cap belon..semuanya dari belon
Hangar
Penggunaan dekoy sebegini telahpun diadaptasikan sejak perang dunia ke dua lagi, sehinggalah kini ianya masih digunakan termasuklah ketika peperangan di Bosnia dan Iraq. Apa yang dipaparkan disini sedikit daripadanya..banyak lagi peralatan ketenteraan yang telah dibelonkan, tak muat pulak kalau semuanya nak dimasukkan disini.
resepi simple, mudah dan cepat dimasak, sihat dimakan, Photos credit to: APAAJANEWS
Orang bujang selalunya tak ambil kisah tentang makan, kalau rajin masak, kalau sikit malas masak maggi...habis malas makan je kat kedai. Simple je. Al maklumlah hidup sendirian berhad. Namun ada juga orang bujang yang pandang ke hadapan...ermmm maksudnye bujang kategori ini mula berjinak-jinak belajar memasak sendiri...sebab suatu hari nanti dia akan berumahtangga dan sedikit sebanyak basic memasak dia perlu ada.
Bujang lelaki sebegini selalunya boleh meringankan bebanan tugasan seharian si isteri di rumah apabila berumahtangga, sorang sibuk dok jaga anak seorang lagi boleh membantu memasak, kan bahagia macam tu.
Apapun hari ini tuan rumah nak tunjukkan resepi mudah untuk orang bujang memasak makan tengahari simple dan mudah saje. Secara tak langsung dapat menjimatkan belanje makan harian, msak sendiri ni lebih untuk sebab kos rendah dan kuantitinya banyak, boleh makan untuk tengahari dan malam sekali. Kalau makan di kedai boleh makan sekali je.
cepat di masak sedap dimakan
Beli sebungkus kacang buncis, satu bawang besar 2 ketul ayam yang dah digoreng, tumiskan bawang diatas kuali, 2 ketul ayam yang telah digoreng di potong kecil. Setelah bawang tumis masukkan kacang buncis yang telah di potong ke dalam kuali gaul rata...kemudian masukkan ayam yang telah dipotong-potong kecil..gaul sampai rata...dan tambah garam secukup rasa,dah siap.
ermm...yum yum
Potong timun dan tomato di jadikan ulam...disulam dengan kicap ataupun sos tomatopun boleh ikut suka andalah, nasipun dah masak ermm apa lagi bolehlah makan tengahari, hasil masak sendiri jimat belanje
dan yang pastinya berkhasiat dan mempunyai ciri-ciri makanan seimbang. Lepas makan jangan lupa bersyukur. Alhamdulillah. Sebelum makan jangan lupa doa makan.
Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”