guna handphone ketika hujan, boleh disambar petir, jadi anda kena berhati hati.
Anda boleh disambar petir dengan menggunkan handphone....agak mengejutkan itulah yang sempat penulis baca sebuah artikel di kosmo bertarikh 22 ogos 2011, menurut azli paat ketika waktu hujan anda dilarang dari menggunakan handphone di tempat terbuka kerana ketika membuat panggilan caj-caj yang tidak seimbang akan terhasil, sekiranya caj-caj tersebut tersedah kepada petir, maka petir tersebut akan menyambar telefon mudah alih tersebut dan anda pastnya akan disambar petir.
Walaubagaimanapun menggunakan handphone di dalam persekitaran yang tertutup seperti didalam bangunan tidak akan mengakibatkan anda disambar petir. Berita ini dikeluarkan setelah laporan berita dari kosmo yang menyiarkan seorang meninggal dunia akibat disambar petir ketika berada disebuah bangsal ketika waktu hujan dan beliau sedang menggunakan telefon bimbit ketika itu.
Semoga kita terhindar dari kejadian seperti ini.
apaajanews |
telefon bimbit |
gadget handphone |
aksesori handphone |
jual handphone murah |
ipad android murah |
samsung tab
Read more
mercun bola, boleh menyebabkan kecederaan dan kecacatan
Sememangnya sambutan hari raya dan bermain bunga api memang sinonim dan mengasyikkan terutama bagi kanak-kanak...ditambah pula bila hari raya semakin dekat bertambah meriahlah jadinya.
Orang dewasapun boleh terikut-ikut sama bermain bunga api, sememangnya kalau diharamkan terus bunga api...akan hilanglah juga suasana kegembiraan kanak-kanak menyambut raya, Bagi penulis bunga api tak semuanya berbahaya,,,jadi yang tak berbahaya tu rasanya pihak berkuasa dapat membenarkan ianya dijual.
|
mercun bola photo: kredit to khai |
Namun, ada juga mercun yang dikategorikan tidak selamat untuk dijadikan bahan mainan bagi memeriahkan suasanan menyambut hari raya iaitu MERCUN BOLA, bagi penulis apa juga alasannya mercun bola ini tetap berbahaya samada digunakan oleh orang dewasa apatah lagi kanak-kanak.
Kuasa letupannya sangat kuat dan mampu memberi kecederaan parah jika cuai, kecuaian dalam beberapa saat boleh menyebabkan anda cacat seumur hidup, jadi kepada adik-adik dan juga yang dewasa tu sepatutnya berfikir jauh ke hadapan ye, ibu bapa sepatutnya sebagai orang yang paling hampir dalam memantau kegiatan anak-anak bermain bunga api,,,sepatutnya perlu bertegas tentang hal ini. mereka sepatutnya mengharamkan anak-anak mereka dari bermain MERCUN BOLA... janganlah hanya nak mengharap pada pihak berkuasa semata-mata.
Kalau anak dah cacat siapa yang menyesal, takkan dah terhantuk baru nak tengadah.
Tak kanlah setiap tahun bila menjelang hari raya bukan sahaja anda menyambut hari raya, malah anda juga akan menyambut ulangtahun berlakunya kecacatan anggota tubuh badan anda, sesuatu yang terpaksa anda ingati sehingga ke akhir hayat,,,jadi fikir-fikirkanlah wahai adik-adik sekelian.
Penulis menyokong penuh pengharaman mercun bola dan apa juga jenis mercun yang berbahaya dari dijual kepada orang ramai.
apaajanews |
mercun bola |
putus jari main mercun |
mangsa mercun |
mercun dan raya |
cacat akibat mercun |
Read more