PAK-FA atau T-50 adalah pesawat pejuang 'stealth' jenerasi kelima, telahpun membuat penerbangan sulungnya hari ini,(29 jan 2010). Pesawat tersebut telah duji terbang selama 45 minit. Pesawat pejuang stealth keluaran SUKHOI ini adalah hasil kerjasama antara dua negara iaitu India dan Rusia dijangka akan beroperasi menjelang tahun 2015.
Pesawat ini dibina sebagai pesawat pesaing kepada pesawat pejuang F-22 Raptor dan juga Lockheed's F-35 Lightning II.
Pendapat aku : Sekiranya pesawat pejuang Mig29N ditamatkan, kenapa tidak tambahkan saja bilangan pesawat pejuang SU30MKM. Bagus juga kalau TUDM memilih PAK-FA sebagai pesawat pejuang MRCAnya memandangkan pesawat ini juga adalah keluaran SUKHOI ataupun setidak-tidaknya SU-35BM.
Kadang-kadang kita lupa, selepas sesuatu kejadian buruk yang berlaku, contohnya kejadian gembabumi yang berlaku, kita kadang kala terlalu leka dengan keamanan dan kemewahan di negara kita ini, semoga kita menjadi seorang hamba yang sentiasa mengingati ALLAH dan tak lupa akan tanggongjawab kita terhadapnya.
Terdetik hati ini untuk menulis artikel ini setelah aku lihat video syarahan Ustaz Arifin Ilham berikutan selepas kejadian gempa di Padang Indonesia tahun lepas dan aku rasa banyak juga orang yang belum melihatnya, jadi ingin aku kongsikannya di sini semoga kita sentiasa menjadi hamba-hamba yang berada di dalam rahmatnya.
Tiz Zaqyah ke ni...tak sangka gadis comel dalam iklan ini adalah Tiz...ermmm agaknya kalau Tiz tak berlakon dalam drama 'Nur Kasih' tu sampai ke sudah orang tak tahukan. Nak tahu tengoklah sendiri, klik play button tu
Anatara berita terkini tentang Tiz, petikan dari Kosmo Online
Dia yang suka ketawa dan tidur bercerita panjang lebar lagi tentang dirinya, Tiz Zaqyah,nama sebenar anak gadis yang berketinggian lima kaki empat inci ini ialah Siti Zaqyah Abdul Razak.
"Dulu masa tadika, nama itu terlalu panjang untuk ditulis. Kemudian dipendekkan menjadi Tizzy, iaitu nama panggilan saya di rumah. Kemudian jadi pendek lagi Tiz," terangnya tentang nama Tiz Zaqyah yang digunakan sebagai nama pentasnya kini.
"Saya meminati Angelina Jolie dan mahu jadi seperti dia, bukan sahaja dari sudut lakonan tetapi kerja amalnya. Saya teringin untuk berada di negara-negara atau tempat yang ada pelarian. Saya ingin merasai suasana itu di samping melakukan kerja-kerja amal," ungkapnya.
model | Tiz Zaqyah vs Nur Aminah | asmaradana mampukah Tiz Zakiah | apaajanews | lakonan pelakon Tiz Zakiah
Pelakon Tiz Zakiah, antara pelakon baru berbakat, yang mampu menyerap watak dengan berkesan
Penampilan Tiz Zaqyah dalam lakonan sebelum, ‘NUR KASIH’ sememangnya kurang menonjol, aku mula perasan bakat Tiz ni kalau tak salah aku dalam drama’ impian lyanna’ sebagai watak IKA, dari situ aku dah dapat rasa Tiz memang boleh berlakon dan tertanya-tanya juga kenapa dia hanya diberi watak-watak ‘chipsmore’, je.
Akhirnya Drama ‘NUR KASIH’, di bawah arahan Kabir Bhatia telah memberi peluang keemasan watak utama kepada Tiz, sememangnya khabir seorang yang tahu mencari pelakon yang amat cocok untuk menjiwai watak Nur Aminah dan Tiz Zaqyah berjaya melaksanakannya dengan cemerlang.
Eemm, tergerak hati nak beri komen tentang lakonan Tiz Zaqyah dalam drama Nur Kasih, kepada yang kata Tiz Zaqyah tak sesuai atau tak bagus dalam lakonan sebagai Nur Aminah dalam drama Nur Kasih tu, aku tak setuju sangat. Tiz, bagi aku berjaya membawa watak Nur Aminah tersebut dengan cemerlang, dalam semua aspek watak Nur Aminah telah berjaya di serap oleh Tiz, mungkin individu yang komplen tak bagus sebab mereka dah tengok gambar dia bersosial, yang bercambah di internet.
Kita MENILAI kekuatan sesuatu lakonan itu dari sudut lakonan dan watak yang diberikan, disini aku pasti Tiz Zaqyah telah berjaya dan Kabir Bhatia memang tepat memilih Tiz Zaqyah sebagai Nur Aminah.
Khabarnya drama tersebut akan di filemkan. Sekiranya ditukar kepada orang lain ,filem tersebut aku rasa akan gagal, walaupun jln ceritanya bagus, sebabnya satu sahaja, kerana sudah terpahat di dalam hati para penonton Tiz Zaqyah itu Nur Aminah, begitu juga dengan lain-lain pelakon dalam drama tersebut mestilah dikekalkan 100 peratus.
Tahniah TIZ, sifat Nur Aminah itu, semulajadinya telah wujud dalam diri Tiz, samada Tiz sedar atau tidak, cuma masa yang akan menentukannya.
Antara bakat-bakat baru yang berpontensi untuk pergi jauh dalam dunia lakonan di Malaysia, kategori wanita ialah:
Tiz Zaqyah,
Lyana Jasmay.
koleksi tiz zaqyah di youtube, wawancara live dengan nur kasih di jom heboh
Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”